Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS serang Moscow, Ukraine tidak terlibat: Rumah Putih

Mar 24, 2024 | 03:59 PM



WASHINGTON: Kumpulan ISIS bertanggungjawab sepenuhnya ke atas serangan maut berhampiran Moscow pada 22 Mac dan tiada penglibatan Ukraine, kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Cik Adrienne Watson.

Insiden itu, yang menyaksikan beberapa lelaki bersenjata menyerang Dewan Konsert Crocus di ibu negara Russia, menyebabkan sekurang-kurangnya 143 orang terbunuh.

Pemerintah Amerika awal bulan ini berkongsi maklumat dengan Russia mengenai serangan yang dirancang di Moscow dan juga mengeluarkan nasihat awam kepada rakyat Amerika di Russia pada 7 Mac, kata Cik Watson dalam satu kenyataan pada 23 Mac.

“ISIS bertanggungjawab sepenuhnya atas serangan ini. Tiada penglibatan Ukraine sama sekali,” kata beliau.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, berkata dalam ucapan video pada 23 Mac bahawa Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, sedang mencari cara untuk mengalihkan kesalahan atas pembunuhan beramai-ramai itu.

“Adalah jelas bahawa Encik Putin dan samseng lain hanya cuba menyalahkan orang lain,” katanya. “Kaedah mereka sentiasa sama. Kami telah melihat semuanya sebelum ini, memusnahkan bangunan dan tembakan dan letupan. Dan mereka sentiasa mencari orang lain untuk dipersalahkan,” ujarnya.

Pemberontak Chechen menuduh perkhidmatan rahsia Russia berada di belakang pengeboman pangsapuri di Moscow, Buynkask dan Volgodonsk yang mengorbankan lebih 200 orang di Russia pada 1999. Perbuatan itu dipersalahkan kepada orang Chechen, menyebabkan Encik Putin, yang ketika itu menjadi perdana menteri, menghantar semula tentera ke Chechnya.

Jurucakap Kementerian Luar Russia berkata Encik Zelenskiy adalah “satu-satunya ketua negara yang cukup gila untuk menyalahkan Russia atas serangan pengganas”.

Terdahulu, Encik Putin berkata 11 orang telah ditahan berikutan serangan itu, termasuk empat lelaki bersenjata itu. “Mereka cuba bersembunyi dan bergerak ke arah Ukraine menerusi laluan yang disediakan di sebelah Ukraine untuk menyeberangi sempadan negeri,” katanya.

Encik Zelenskiy berkata Encik Putin harus menggunakan orangnya untuk memerangi keganasan di negeri sendiri dan bukannya menceroboh Ukraine.

“Mereka telah membawa ratusan ribu pengganas mereka sendiri ke sini, di tanah Ukraine, untuk memerangi kami, dan mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku di dalam negara mereka sendiri,” katanya.

“Ketika semua ini berlaku, daripada berurusan dengan rakan-rakan warga Russianya dan menangani mereka, Encik Putin berdiam selama 24 jam, memikirkan bagaimana untuk mengaitkan ini dengan Ukraine. Semuanya boleh diramal,” kata Encik Zelenskiy. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >