Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Enam askar disyaki terlibat insiden serang penyokong Ganjar-Mahfud

Jan 03, 2024 | 12:13 PM



JAKARTA: Enam anggota Tentera Indonesia (TNI) yang didakwa menyerang sekumpulan penyokong calon presiden, Encik Ganjar Pranowo, di Boyolali, Jawa Tengah, hujung minggu lalu telah dinamakan sebagai suspek dalam kejadian itu.


Menurut Kolonel Richard Harison, jurucakap Komando Tentera Diponegoro, enam suspek yang hanya dikenal pasti dengan huruf pertama nama mereka sahaja dan kesemua mereka adalah prebet kedua.

Kolonel Richard juga berkata penyiasat di Polis Tentera Surakarta di Jawa Tengah masih menyiasat kes itu dan akan menyerahkan hasil siasatan mereka kepada pendakwa tentera, yang kemudiannya akan membawa kes itu ke mahkamah tentera.

“TNI, dalam hal ini, Komando Tentera Diponegoro, tidak akan campur tangan,” kata Kolonel Richard di markas komando di Semarang, Jawa Tengah, pada 2 Januari, seperti yang dipetik agensi berita rasmi, Antara.


Perbalahan itu berlaku antara sekumpulan penyokong Encik Ganjar dan tentera di Boyolali, pada 29 Disember mengakibatkan tujuh orang awam cedera, termasuk dua orang yang dimasukkan ke hospital.

Encik Ganjar ketika itu sedang berkempen di kabupaten tersebut, tetapi tidak terlibat dalam kejadian itu.

Sebuah video kejadian itu telah tersebar di media sosial.

Komander Komando Daerah Tentera Boyolali, Leftenan Kolonel Wiweko Wulang Widodo, mengesahkan dalam taklimat akhbar pada 31 Disember bahawa sekurang-kurangnya 15 anggota TNI terlibat dalam perbalahan itu.

Katanya, kes itu segera diserahkan kepada Polis Tentera Surakarta. Dua mangsa dilaporkan dirawat di Hospital Pandang Arang di Boyolali, manakala lima lagi telah pulang ke rumah.

Encik Ganjar, yang berada di Jepara pada 2 Januari, berkata beliau menghargai bagaimana TNI bergerak pantas dalam menamakan suspek, lapor Kompas.com.


Pengurus kempen Ganjar-Mahfud, Encik Arsjad Rasjid berkata pasukan kempen akan terus memberikan sokongan undang-undang dan berkomunikasi dengan mangsa dan keluarga mereka.


Tetapi timbalan pengerusi pasukan itu, mantan komander TNI, Encik Andika Perkasa, mengkritik ketua Komando Boyolali Wiweko pada Isnin, kerana mengatakan bahawa insiden itu berpunca daripada “salah faham”.


Encik Wiweko berkata pada Ahad, bahawa kejadian itu bermula apabila askar yang sedang bermain bola tampar di asrama mereka ketika itu, mendengar bunyi kuat dari beberapa ekzos motosikal yang lalu lalang.


Apabila terserempak dengan kumpulan sukarelawan calon presiden itu, yang menunggang motosikal mereka di hadapan asrama, Encik Wiweko berkata tentera cuba menyuraikan kumpulan itu sebelum keadaan menjadi hangat.


Encik Andika, bagaimanapun, menunjukkan video yang tular di media sosial mengenai kejadian itu, menggambarkan askar segera menyerang penunggang motosikal selepas keluar dari asrama mereka.


Insiden Boyolali juga telah mencetuskan kebimbangan mengenai sikap partisan di kalangan ejen negara.


Beberapa kumpulan hak asasi manusia menggesa dikenakan sekatan berat terhadap anggota TNI yang terlibat dalam insiden itu.


Mereka juga menggesa penyingkiran Panglima TNI, Jeneral Agus Subiyanto, dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Maruli Simanjuntak, kerana gagal memastikan berkecuali dalam barisan tentera.


Pasukan kempen pesaing Encik Ganjar turut mengutuk insiden itu. Pasangan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka berkata bahawa sebarang bentuk keganasan adalah “tidak boleh diterima” tetapi pasukan kempen dan sukarelawan juga perlu teratur.

Pasukan kempen Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar pula menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian itu secara menyeluruh, kerana serangan itu boleh memberi kesan yang meluas terhadap kebimbangan mengenai kesaksamaan dalam tentera. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >