Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Enam rakyat Palestin maut dalam dua kes tembakan di Israel

Sep 28, 2023 | 01:03 PM



BAITULMAKDIS: Enam warga Palestin yang menetap di Israel terbunuh dalam dua kes tembakan berasingan, kata polis, kematian terbaru dalam gelombang jenayah yang melanda minoriti Palestin di negara itu.


Lima anggota keluarga yang sama terbunuh pada Rabu dalam satu kejadian tembakan di utara Israel. Tiga lelaki dan dua wanita itu ditembak mati pada siang hari di bandar Basmat Tabun, barat laut Nazareth, kata polis dalam satu kenyataan.

Abraham Initiatives, sebuah kumpulan pembelaan dan pemantau Yahudi-Arab di Israel, mengenal pasti mangsa sebagai pasangan suami isteri dan tiga anak dewasa mereka.

Polis berkata mereka menganggap kejadian itu sebagai jenayah dan memburu suspek yang melakukan serangan.

Terdahulu pada Rabu, lelaki bersenjata bertopeng menyerang hendap dan membunuh seorang lagi warga Palestin Israel, yang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di bandar raya berhampiran pantai Haifa.

Polis berkata mereka sedang menyiasat sama ada kedua-dua tembakan itu ada kaitan dengan satu sama lain.

Pihak berkuasa di al-Halisa, kejiranan Haifa, menutup semua sekolah dan meminta pelajar supaya belajar dari rumah untuk sekurang-kurangnya satu hari lagi.

Kematian pada Rabu itu menjadikan jumlah warga Palestin Israel yang terbunuh setakat tahun ini kepada 188, menurut Abraham Initiatives.

Rakyat Palestin telah lama menyuarakan kemarahan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai kurangnya rondaan yang disengajakan di bandar dan kawasan kejiranan mereka – memberi kebebasan kepada penjenayah dan pengedar dadah.

Rakyat Palestin Israel membentuk sekitar 20 peratus daripada 9.7 juta penduduk negara itu. Mereka juga telah lama menderita akibat kemiskinan, diskriminasi dan diabaikan pemerintah Israel.

Menteri Keselamatan Negara, Encik Itamar Ben-Gvir, berjanji untuk membanteras jenayah dalam masyarakat Palestin Israel apabila beliau memegang jawatan akhir tahun lalu.

Tetapi beliau yang dikenali sebagai provokator anti-Palestin, nampaknya tidak banyak bertindak untuk menjamin keselamatan di bandar dan kampung warga Palestin.

Keganasan sebaliknya semakin meningkat lebih dua kali ganda berbanding tempoh yang sama dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kurang daripada 10 peratus kes serupa telah diselesaikan tahun ini, tambah kumpulan Abraham Initiatives yang menyifatkan lonjakan kes keganasan sebagai gejala pihak polis yang tidak peduli dan ketidakpercayaan rakyat Palestin terhadap polis.

“Perdana menteri mesti memecat menteri keselamatan dan segera menyediakan rancangan untuk menangani jenayah dalam masyarakat Arab. Ia adalah keadaan kecemasan,” kata Abraham Initiatives dalam satu kenyataan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >