Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

S’pura prihatin korban awam, keganasan meningkat di Israel dan Tebing Barat

Jul 05, 2023 | 05:41 PM



Singapura amat perihatin tentang meningkatnya keganasan di Israel dan Tebing Barat baru-baru ini, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada Rabu.

MFA juga berkata ia sedih akan kehilangan nyawa orang awam, dan menggesa semua pihak supaya meredakan ketegangan dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan lebih ramai orang awam terkorban.

“Kami juga mengutuk semua tindakan keganasan yang tidak boleh dibenarkan. Kedua-dua rakyat Israel dan Palestin berhak hidup dalam aman dan selamat,’‘ kata MFA.

Menurutnya, sejauh ini tiada laporan sembarang rakyat Singapura terjejas oleh serangan yang berlaku.

MFA menasihatkan rakyat Singapura di Israel supaya berwaspada dan memantau berita dengan teliti.

“Mereka harus mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu demi keselamatan diri mereka.

“Rakyat Singapura yang melancong ke Israel amat digalak mendaftar secara elektronik dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg jika mereka belum melakukannya,’‘ ujar MFA.

Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular dinasihati menghubungi Kedutaan Singapura di Tel Aviv atau pegawai MFA yang bertugas 24 jam.

Alamat Kedutaan Singapura di Tel Aviv ialah 28 HaArba’a Street, South Tower, Tingkat 19, Tel Aviv 647-3926.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >