Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Enam remaja didakwa dalam kes penggal kepala guru Perancis pada 2020

Nov 27, 2023 | 01:44 PM



PARIS: Enam remaja dibicarakan secara tertutup pada Isnin atas tuduhan terlibat dalam kes pemenggalan kepala seorang guru Sejarah Perancis, Encik Samuel Paty, oleh seorang yang disyaki militan pada 2020.


Encik Paty menunjukkan karikatur Nabi Muhammad saw kepada pelajarnya dalam kelas mengenai kebebasan bersuara, yang menimbulkan kemarahan sebilangan ibu bapa Muslim.


Umat Islam percaya sembarang penggambaran Nabi adalah dilarang.

Salah seorang remaja di bawah umur itu ialah seorang gadis berusia 15 tahun, yang didakwa memberitahu ibu bapanya bahawa Encik Paty menunjukkan Nabi Muhammad saw di dalam kelasnya.


Gadis itu akan dikenakan dakwaan membuat tuduhan palsu, selepas disahkan dia tiada di dalam kelas ketika kejadian itu.

Encik Paty, 47 tahun, dibunuh di luar sekolahnya di pinggir bandar Paris oleh seorang penyerang berusia 18 tahun, yang dilahirkan di Russia dan berketurunan Chechen.

Penyerang itu ditembak mati oleh polis sejurus selepas kejadian tersebut.

Lima lagi remaja bawah umur, berusia antara 14 dengan 15 tahun pada masa serangan itu, akan dikenakan tuduhan konspirasi jenayah yang dirancang, atau serangan hendap.

Mereka disyaki menunjukkan Encik Paty kepada pembunuh itu atau membantu memantau masa beliau keluar dari sekolah itu.

Kesemua enam remaja itu dirujuk kepada mahkamah kanak-kanak dan boleh menghadapi hukuman penjara dua setengah tahun.

Perbicaraan itu, yang dijadualkan berlangsung hingga 8 Disember, akan diadakan secara tertutup.

Lapan orang dewasa turut dituduh dan akan dihadapkan di mahkamah jenayah khas.

Perancis negara minoriti Muslim terbesar di Eropah, dan mengalami gelombang serangan oleh militan atau penyokong mereka sepanjang beberapa tahun lalu.

Menyusuli pembunuhan Encik Paty, beberapa guru mengatakan mereka menapis diri mereka sendiri untuk mengelakkan konfrontasi dengan murid dan ibu bapa berhubung agama dan kebebasan bersuara. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >