Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Epok-epok antara kuih terbaik di dunia

Jan 23, 2024 | 7:08 PM
ANTARA YANG TERBAIK: Epok-epok telah dinamakan sebagai salah satu kuih terbaik di dunia setelah menduduki tangga kelima daripada 100 kuih-muih seantero dunia terbitan Taste Atlas pada November 2023.
ANTARA YANG TERBAIK: Epok-epok telah dinamakan sebagai salah satu kuih terbaik di dunia setelah menduduki tangga kelima daripada 100 kuih-muih seantero dunia terbitan Taste Atlas pada November 2023. - Foto BH

Epok-epok, atau lebih dikenali sebagai karipap di Malaysia, menempah nama sebagai salah satu kuih terbaik di dunia dalam carta pastri yang diterbitkan Taste Atlas.

Laman itu merupakan ensiklopedia dalam talian yang merakam sajian tradisional dan bahan tempatan seantero dunia.

Kudapan atau snek tradisional Melayu sedemikian mengalahkan kuih-kuih seperti kunafe dan baklava – hidangan asal Turkey – serta croissant, pastri sinonim dengan Perancis.

Dalam carta yang diterbitkan laman itu pada November 2023, epok-epok mendapat tempat kelima di antara 100 jenis kuih-muih dari serata dunia yang tersenarai dalam carta tersebut – ia mendapat penilaian 4.6 daripada 5 bintang.

Epok-epok biasanya berintikan kentang, daging atau sardin dan sering dinikmati sebagai sajian pagi atau makan petang.

Sungguhpun demikian, ia boleh saja dihidangkan dan dimakan pada bila-bila masa.

Menurut Taste Atlas, cara pembuatannya yang mudah dan inti pelbagai perisa menjadikan snek ini terkenal bukan sahaja di Malaysia dan Singapura, malah di Asia Tenggara.

Selain daripada inti biasa, pelbagai inti epok-epok juga telah diperkenalkan bagi menepati cita rasa yang kian berubah.

Antara inti sedemikian adalah rendang daging. Bagi mereka yang inginkan kelainan, terdapat juga epok-epok durian dan keladi - seperti yang dijual syarikat asal Singapura 1A Crispy Puffs.

Bahkan, snek ini sudah ‘menyerantau’ ke Eropah, dengan rantaian Old Chang Kee dari Singapura melebarkan sayapnya ke London, United Kingdom.

Baru-baru ini, cef selebriti Singapura, Cef Bob, kelihatan di Trafalgar, London dan teruja dapat singgah ke kedai Old Chang Kee di sana.

Ia membuka cawangannya di Covent Garden sejak Jun 2018 dan kini mempunyai satu lagi cawangan di Goodge Street sejak 2019.

Beliau berpeluang membeli epok-epok sardin, setiap satu berharga £4.25 ($7.00).

Tambahan epok-epok inti ‘oksigen’, iaitu tidak berintikan apa-apa, turut mendapat sambutan orang ramai.

Pada Oktober 2023, Berita Harian melaporkan epok-epok itu – yang dijual oleh peniaga di Kampung Sungai Tua Bahru, Batu Caves, Selangor – dijual pada harga 30 sen Malaysia ($0.08) dan dikatakan menjadi pilihan sebahagian pelanggannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg