Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Eropah terus pecahkan rekod, jadi benua semakin panas terpantas

Jun 20, 2023 | 03:23 PM



BRUSSELS: Eropah mencatatkan rekod musim panas tertinggi pada 2022, menyumbang kepada ribuan kes kematian, gelombang panas di lautan dan cuaca ekstrem, demikian dapatan satu analisis.


Benua itu menjadi lebih panas, 2.3 darjah Celsius atas paras purata praperindustrian pada 2022, demikian laporan bersama Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) dan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah.


Suhu permukaan laut mencapai paras tertinggi dan terdapat juga pencairan glasier yang “belum pernah berlaku”, kata agensi itu.

Keseluruhan bahaya iklim dan cuaca menyebabkan 16,365 kematian, kebanyakannya berkaitan dengan gelombang haba, dan menyebabkan kerosakan sebanyak AS$2 bilion ($2.7 bilion), sebahagian besarnya berkaitan dengan banjir dan ribut.

“Musim panas adalah yang paling terik dalam rekod: Suhu tinggi memburukkan lagi keadaan kemarau teruk dan meluas, mencetuskan kebakaran hutan ganas yang mengakibatkan kawasan terbakar kedua terbesar dalam rekod, dan membawa kepada ribuan kematian berlebihan yang berkaitan dengan cuaca panas,” kata Dr Petteri Taalas, setiausaha agung WMO.

Laporan itu dikeluarkan sedang saintis mengatakan kemungkinan besar 2023 menjadi tahun paling panas dalam rekod global.

Eropah adalah benua yang paling cepat panas di dunia, kata penulis laporan itu.

Ia menghadapi tekanan ke atas infrastruktur tenaga dan pengangkutan serta sistem penjagaan kesihatan daripada cuaca ekstrem yang telah diburukkan lagi oleh perubahan iklim.

Pada 2022, gelombang haba membawa rekod suhu tertinggi ke beberapa negara Eropah. Terdapat juga banjir di Italy, Portugal dan Greece.

“Pengukuran 2.3 darjah Celsius perubahan iklim di Eropah ini adalah berita yang mengejutkan,” kata pakar proses iklim, Profesor William Collins daripada Universiti Reading Britain.

“Tumpuan tradisional pada suhu global sering mengabaikan fakta bahawa di Eropah kadar pemanasan boleh mencapai dua kali ganda purata global.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >