Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

EU tarik balik sekatan import makanan Jepun kerana nahas Fukushima

Jul 14, 2023 | 05:47 PM



BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) bersetuju pada Khamis untuk menghapuskan sekatan ke atas import makanan Jepun yang dikenakan selepas insiden nuklear Fukushima 2011, dengan harapan Jepun akan mengurangkan kawalannya ke atas hasil ladang EU.


EU mewajibkan ujian praeksport produk makanan untuk mengesan radioaktif sejak gempa bumi dan tsunami memusnahkan loji nuklear Fukushima Dai-ichi di pantai timur Jepun itu.

Sejak 2021, kesatuan itu memerlukan sijil yang menunjukkan tahap radioaktif dalam cendawan liar, beberapa spesies ikan dan tumbuhan liar yang boleh dimakan, seperti pucuk buluh, dari Fukushima dan sembilan wilayah lain.

Suruhanjaya EU berkata sekatan ini telah ditarik balik sepenuhnya, sambil menyatakan bahawa Jepun perlu terus memantau kesan radioaktif dan menekankan bahawa Jepun harus menerbitkan hasil pemantauannya itu.

“Langkah ini akan membantu memacu ke hadapan pembangunan semula kawasan yang musnah dan kami menghargai dan mengalu-alukan,” kata Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, pada sidang akhbar selepas sidang puncak EU-Jepun.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Dr Ursula von der Leyen, berkata kedua-dua pihak juga telah bersetuju untuk berusaha menghapuskan halangan perdagangan Jepun terhadap daging lembu, buah-buahan dan sayur-sayuran EU, yang aksesnya ke Jepun dihadkan oleh peraturan keselamatan makanan.

Encik Kishida berkata Jepun akan membuat pertimbangan berdasarkan sains seperti yang telah dilakukan oleh EU dalam menarik balik sekatannya.

Pada sidang puncak itu, EU dan Jepun juga komited menjalin kerjasama lebih mendalam dalam peralihan hijau dan digital, penyelidikan dan bidang lain.

“Kami berdua perlu mengurangkan risiko rantaian bekalan dan salah satu objektif kami adalah untuk mengurangkan pergantungan hanya kepada segelintir pembekal, kebanyakannya berpangkalan di China,” kata Dr von der Leyen, sambil menambah bahawa kerjasama akan merangkumi bahan mentah kritikal.

EU dan Jepun sudah mempunyai perjanjian perdagangan bebas dan bersatu menentang pencerobohan Russia ke atas Ukraine. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >