Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Korea S minta Jepun henti aliran air dari loji Fukushima jika paras radiasi lebihi piawaian

Jul 13, 2023 | 12:59 PM



SEOUL: Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol, meminta supaya dikirim pakar daripada negara itu untuk memantau rancangan melepaskan air daripada loji nuklear Fukushima di Jepun, semasa pertemuan beliau pada Rabu dengan Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, menurut pejabat presiden di sini.


Encik Yoon turut meminta supaya dihentikan pengaliran keluar air dari loji yang rosak itu, jika paras radiasi kekal melebihi piawaian sekalipun selepas ditapis keluar unsur radioaktif.

Kedua-dua pemimpin itu bertemu di acara sampingan sidang puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Lithuania, di mana mereka saling mengutuk tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik yang disifatkan sebagai provokasi bagi meningkatkan ketegangan.

Encik Yoon terus mendesak supaya diperbaiki ketegangan hubungan dengan Tokyo, berikutan perselisihan sejak beberapa tahun berkaitan isu-isu yang menjejas kerjasama antara kedua-dua negara Asia sekutu Amerika Syarikat itu, sekalipun adanya ancaman nuklear dan peluru berpandu dari Korea Utara.

Rundingan mereka itu diadakan apabila Jepun merancang untuk segera mula melepaskan jutaan ton air yang telah dirawat, yang mencetuskan kebimbangan dari segi kesihatan di kalangan rakyat Korea Selatan yang berpendapat bahawa air itu akan mengalir masuk ke negaranya, berkemungkinan mencemarkan hidupan makanan laut.

Sambil menzahirkan persetujuan terhadap kelulusan yang dibuat oleh badan pengawas nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melepaskan air itu, Encik Yoon meminta supaya Korea Selatan mengirim pakar-pakarnya bagi memantau secara langsung demi memastikan proses tersebut dilaksanakan seperti yang dirancangkan.

“Beliau menegaskan bahawa kesihatan awam dan keselamatan harus diberikan pertimbangan utama,” kata satu kenyataan dari pejabat Encik Yoon.

Encik Kishida berikrar untuk berkongsi maklumat pemantauan “dengan segera dan secara telus,” dan menghentikan pengaliran keluar air itu serta merta jika paras radioaktif melebihi piawaian keselamatan, kata pejabat Encik Yoon.

Kementerian Luar Jepun turut berkata bahawa Encik Kishida berjanji kepada Encik Yoon untuk memastikan perkongsian maklumat pemantauan itu dibuat secara telus dan lancar, sambil menambah bahawa pengaliran keluar air itu akan terus diawasi oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

“Beliau berkata pengaliran keluar air itu tidak akan dilakukan jika ia boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar, rakyat Jepun dan Korea Selatan,” menurut kenyataan kementerian luar itu.

Encik Yoon dan Encik Kishida turut bersetuju bagi memulihkan dialog peringkat tinggi pada tahun 2023 ini, kata kedua-dua pihak. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >