Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

EU tekad muktamad perjanjian dasar migran jelang akhir 2023

Jul 04, 2023 | 04:25 PM



MADRID: Kesatuan Eropah (EU) mahukan sebuah persetujuan dicapai menjelang akhir tahun ini mengenai cara mengendali ribuan migran yang menuju ke benua itu, walaupun ditentang hebat oleh Hungary dan Poland, kata Perdana Menteri Sepanyol.


Kesatuan itu mengharapkan perjanjian bagi memindahkan migran yang mencari suaka di seluruh blok 27 negara itu, di tengah-tengah dakwaan oleh negara seperti Italy, Greece dan Sepanyol bahawa mereka dibebani secara tidak adil sebagai lokasi utama ketibaan migran.

Pemerintah nasionalis di Hungary dan Poland khususnya telah menentang rancangan pengagihan semula, dalam satu pertikaian yang tercetus minggu lalu ketika satu mesyuarat sidang puncak EU.

“Saya harap... kita akan dapat menyelesaikan isu utama ini dalam tempoh terdekat,” kata Perdana Menteri Sepanyol, Encik Pedro Sanchez, pada satu sidang media bersama Ketua Suruhanjaya EU, Cik Ursula von der Leyen.

“Bagi Sepanyol, ini akan menjadi penting dan malah simbolik dari sudut pandangan politik... selepas bertahun-tahun krisis migran,” katanya ,sambil menegaskan perlu ada “penyelarasan dan kerjasama”.

Warsaw dan Budapest menyokong pengisytiharan sidang puncak minggu lalu yang akan memaktubkan perjanjian umum EU untuk negara anggota berkongsi menjadi tuan rumah pencari suaka – atau membayar negara yang berbuat demikian.

Kedua-dua negara itu berkata sebarang perjanjian sedemikian harus diluluskan oleh setiap negara, bukan oleh majoriti yang layak sahaja.

“Kami telah bersetuju beberapa kali bahawa memandangkan isu migran amat memecahbelahkan kami, kita tidak boleh menerima keputusan itu melainkan semua pihak bersetuju,” kata Perdana Menteri Hungary, Encik Viktor Orban, semasa sidang puncak di Brussels pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun pada Jun, Menteri Dalam Negeri EU bersetuju bahawa keputusan dasar mengenai pencari suaka akan dicapai oleh majoriti yang layak – mewakili 15 daripada 27 anggota EU, dan sekurang-kurangnya 65 peratus daripada populasi blok tersebut.

Keputusan oleh majoriti yang layak “termaktub dalam perjanjian”, kata Encik Sanchez, “dan tidak ada legitimasi politik yang lebih besar daripada menghormati perjanjian”.

“Mengenai topik penghijrahan... bahagian penting pertama telah diputuskan, seperti yang perjanjian itu mahu kita lakukan, melalui undian majoriti yang layak,” kata Cik von der Leyen.

“Itulah yang dikehendaki perjanjian tersebut dan itulah yang telah kami sampaikan.” – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >