Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

EU tidak gentar ugutan selepas Russia henti bekalan gas

Apr 29, 2022 | 05:30 AM



BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada Russia untuk tidak mengugut atas sokongan organisasi itu kepada Kyiv, selepas Kremlin memotong bekalan gas ke Bulgaria dan Poland.



Amaran itu dibuat ketika Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres tiba di Kyiv untuk bertemu Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, selepas perbincangan dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, di Moscow untuk meluaskan sokongan kemanusiaan dan memastikan pemindahan orang awam.



Encik Putin sebelum ini memberi amaran sekiranya tentera Barat campur tangan di Ukraine, tenteranya akan bertindak balas dengan segera, selepas memberitahu Encik Guterres bahawa beliau masih berharap rundingan dengan Kyiv akan membuahkan hasil.



"Kami mempunyai aset ketenteraan hebat, tetapi akan menggunakannya sekiranya perlu. Itu yang semua orang perlu tahu," kata Encik Putin yang merujuk kepada peluru berpandu balistik dan senjata nuklear Moscow.



Ancaman itu muncul ketika Moscow mendakwa melakukan serangan peluru berpandu di selatan Ukraine untuk memusnahkan sejumlah besar senjata yang dibekalkan oleh Barat.



Serangan tentera Russia menyaksikan ia menawan rangkaian perkampungan di wilayah Donbas, kini menjadi sasaran segera pasukan pencerobohnya.



Moscow juga sudah memotong bekalan gas ke Bulgaria dan Poland, dua anggota EU dan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (Nato) yang menyokong Ukraine dalam konflik itu.



Bagaimanapun, Presiden Suruhanjaya Eropah, Cik Ursula von der Leyen, berkata Poland dan Bulgaria kini menerima gas daripada jiran EU mereka.



"Tidak menghairankan bahawa Kremlin menggunakan bahan api fosil untuk cuba memeras ugut kami, tetapi kami bertindak segera, bersatu dan diselaraskan.



"Era bahan api fosil Russia di Eropah akan berakhir," katanya.



Sebelum ini, Encik Putin cuba meningkatkan tekanan dengan menegaskan bahawa Russia hanya akan menerima bayaran untuk gas dalam mata wang rubel, dengan harapan untuk memaksa musuhnya menyokong mata wang mereka.



Sementara itu, Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNWTO) menggantung Russia daripada agensi itu, kerana melanggar undang-undang selepas melakukan pencerobohannya terhadap Ukraine



Menurut jurucakap agensi yang berpangkalan di Madrid itu, majoriti daripada 159 negara ahli UNWTO menyokong keputusan yang dicapai pada sidang perhimpunan luar biasa.



Usul yang dicadangkan oleh 22 negara anggota termasuk Sepanyol, Jepun, Poland dan Perancis pada Mac lalu, mendapat sokongan kebanyakan daripada 159 negara anggota.



Russia yang menjangkakan keputusan penggantungan itu, hanya menghantar wakil pada perhimpunan agung luar biasa yang dijalankan oleh UNWTO.



Setiausaha Agung UNWTO, Encik Zurab Pololikashvili, berkata mesej disampaikan sangat jelas.



"Tindakan akan sentiasa ada akibat, keamanan adalah hak asasi manusia dan dijamin tanpa terkecuali," tulis dalam ciapan di Twitternya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >