Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Facebook tolak gesaan kongsi pendapatan dengan media Australia

Jun 15, 2020 | 01:15 PM



SYDNEY: Syarikat media sosial dunia, Facebook, hari ini menolak gesaan kerajaan Australia dan syarikat media agar ia berkongsi pendapatan iklan mereka, membayangkan mereka lebih senang memotong kandungan berita dari platformnya.



Gergasi teknologi Amerika Syarikat itu menyatakan dalam penyerahan penghujahannya kepada badan pemantauan persaingan berkata, persaingan berita membentuk "pecahan sangat kecil" dari keseluruhan kandungan yang dinikmati penggunanya.



"Sekiranya tidak ada kandungan berita yang tersedia di Facebook di Australia, kami yakin kesan terhadap metrik dan pendapatan masyarakat Facebook di Australia tidaklah besar," katanya yang membayangkan secara halus kesediaan syarikat itu memboikot syarikat berita tempatan.



"Memandangkan nilai sosial dan manfaat bagi penerbit berita, kami sangat suka terus membolehkan kandungan penerbit berita tersedia di wadah kami," katanya.



Dalam usaha yang diawasi secara ketat di seluruh dunia, Australia akan melancarkan rancangan untuk memaksa Facebook dan Google untuk berkongsi pendapatan iklan yang mereka peroleh dari berita yang ditampilkan dalam perkhidmatan mereka.



Inisiatif ini didorong oleh dua syarikat media terbesar di Australia, Rupert Murdoch's News Corp dan Nine Entertainment.



Mereka berpendapat bahawa krisis yang melanda industri berita di seluruh dunia disebabkan terutamanya oleh Google, Facebook dan firma teknologi besar lain yang menangkap sebahagian besar pendapatan iklan dalam talian, tanpa memberi kompensasi yang adil kepada syarikat media untuk iklan yang ditempatkan terhadap kandungan berita.



Kehilangan pendapatan pengiklanan yang sebelumnya mengalir ke surat khabar telah memaksa pengurangan dan kebankrapan di seluruh sektor, proses yang diperburuk oleh kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh wabak koronavirus.



Di Australia, News Corp, Nine dan media lain sama-sama mengumumkan pemotongan besar dalam staf kepengarangan, dengan lebih daripada 170 bilik berita dan surat khabar digantung atau ditutup dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Pengatur persaingan Australia, ACCC, menganggarkan Google dan Facebook secara bersama memperoleh sekitar $6 bilion ($5.57 bilion) setahun dari iklan di negara itu.



Penerbit berita terkemuka menuntut kedua syarikat itu membayar sekurang-kurangnya 10 peratus daripada wang itu setiap tahun kepada organisasi berita tempatan.



Google bulan lalu menolak permintaan itu, dengan mengatakan bahawa ia menghasilkan hampir $10 juta setahun dari iklan berkaitan berita.



Kedudukan kedua-dua syarikat itu menjadi pertanda buruk untuk rundingan yang diharapkan oleh ACCC antara firma teknologi dan syarikat media Australia mengenai "tatalaku" wajib yang mentadbir isu-isu seperti pembahagian hasil, pengekangann maklumat, perkongsian data dan melindungi privasi pengguna.



ACCC punya tempoh sehingga akhir bulan Julai untuk menyusun tatacara terakhir, yang menurut pemerintah akan segera dilaksanakan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >