Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fakta Pilihan Raya AS 2024

Nov 5, 2024 | 11:13 AM
Penyokong setia menanti ketibaan calon presiden Parti Republikan, Encik Donald Trump, yang juga mantan presiden Amerika Syarikat, di perhimpunan kempen terakhirnya sebelum hari pengundian di Arena Van Andel, Grand Rapids, Michigan pada 4 November.
Penyokong setia menanti ketibaan calon presiden Parti Republikan, Encik Donald Trump, yang juga mantan presiden Amerika Syarikat, di perhimpunan kempen terakhirnya sebelum hari pengundian di Arena Van Andel, Grand Rapids, Michigan pada 4 November. - Foto AFP

TARIKH

5 November 2024
Pemenang pilihan raya ini akan berkhidmat sebagai presiden selama empat tahun di Rumah Putih, bermula Januari 2025. Beliau menerajui pentadbiran negara yang mempunyai lebih 330 juta penduduk.

JUMLAH PENGUNDI BERDAFTAR

– Sekitar 186.5 juta rakyat Amerika layak mengundi untuk memilih Presiden ke-47.

Sekitar 80 juta pengundi sudah mengundi awal

CALON

Parti Demokrat: Cik Kamala Harris, 60 tahun


Naib Presiden Kamala Harris disokong Parti Demokrat selepas Presiden Joe Biden mengundurkan diri. Cik Harris menggalas tugas mempertahankan dasar utama pentadbiran Encik Biden dengan tambahan visinya sendiri, terutama dalam hal ekonomi dan perubahan iklim.

Parti Republikan: Encik Donald Trump, 78 tahun

Mantan presiden Donald Trump kembali sebagai calon utama Parti Republikan. Beliau mempromosikan pendekatan ‘Make America Great Again 2.0’ (Jadikan Amerika Hebat Kembali 2.0) dengan penekanan kepada kebangkitan ekonomi domestik, kawalan ketat sempadan dan pengurangan peraturan pemerintah.

Calon Bebas:

– Encik Chase Oliver, 39 tahun
Calon daripada Parti Libertarian, yang menekankan prinsip pemerintahan kecil dan kebebasan peribadi. Encik Chase Oliver berkempen dengan visi mengurangkan campur tangan kerajaan dalam kehidupan individu dan menegakkan kebebasan serta hak peribadi.

– Dr Jill Stein, 74 tahun
Seorang doktor perubatan yang pernah bertanding melalui Parti Hijau pada 2016 dan kini kembali sebagai calon pada 2024. Dr Jill Stein, dengan komitmen terhadap dasar mesra alam dan keadilan sosial, terus memperjuangkan agenda hijau bagi menghadapi krisis iklim serta reformasi ekonomi yang lebih terangkum.

– Dr Cornel West, 71 tahun
Seorang calon bebas yang juga aktivis politik, ahli falsafah, dan akademik. Dr Cornel West mencalonkan diri sebagai alternatif bagi pengundi progresif yang cenderung kepada Parti Demokratik. Beliau berhasrat memperluas sokongan daripada golongan berideologi progresif dan golongan yang mahukan perubahan mendalam dalam dasar sosial dan ekonomi Amerika.

APAKAH ITU PARTI DEMOKRAT & PARTI REPUBLIKAN
Parti Demokrat
Parti liberal yang menyokong hak sivil, jaringan keselamatan sosial yang lebih meluas, dan komitmen tegas terhadap perubahan iklim. Demokratik sering menyokong dasar pro perlindungan alam sekitar, serta polisi kesihatan dan pendidikan yang lebih menyeluruh.

Parti Republikan (GOP)
Parti konservatif yang menyokong cukai yang lebih rendah, peranan kerajaan yang kecil, dan hak pemilikan senjata api. Republikan menekankan keperluan kawalan ketat imigresen dan sekatan ke atas pengguguran, sambil menyokong perniagaan kecil dan kebebasan ekonomi domestik.

SISTEM PEMILIHAN PRESIDEN

– Pilihan raya presiden menggunakan sistem Badan Perwakilan Pemilih, iaitu apabila undi rakyat bukan satu-satunya penentu pemenang.

– Setiap negeri mempunyai jumlah undi Badan Perwakilan Pemilih berbeza, sebahagian besarnya berdasarkan populasi.

– Jumlah keseluruhan undi pilihan raya dari 50 negeri ialah 538, dan calon yang mencapai 270 undi atau lebih akan diisytiharkan sebagai presiden.

– Hampir semua 50 negeri (kecuali dua) menggunakan sistem pemenang dapat semua, apabila calon yang memenangi majoriti undi di negeri tersebut akan memperoleh semua undi pilihan raya negeri tersebut.

NEGERI MEDAN TEMPUR UTAMA

– Tujuh negeri ‘medan tempur’ ialah trio Rust Belt, iaitu Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, dan kuartet Sun Belt, iaitu Arizona, Georgia, Nevada dan Carolina Utara.

– Pennsylvania mempunyai 19 undi pilihan raya, iaitu paling banyak dalam kalangan negeri ‘medan tempur’. Ia berpenduduk paling padat dan dilihat sebagai negeri paling berkemungkinan menjadi penentu pilihan raya.

ISU UTAMA

– Ekonomi dan Pekerjaan
Faktor penting dengan sokongan lebih kepada Encik Trump dalam menangani inflasi dan kadar faedah tinggi.

– Demokrasi dan Keselamatan Nasional
Isu kritikal bagi pemilih Demokrat yang menyokong perlindungan institusi demokrasi.

– Imigrasi dan Kawalan Sempadan
Encik Trump cenderung pada dasar kawalan ketat, sementara Cik Harris menawarkan pendekatan lebih sederhana.

– Dasar Luar dan Perdagangan
Cik Harris menyokong kerjasama berbilang hala, Encik Trump menekankan kepentingan nasional ‘Dahulukan Amerika’.

– Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
Cik Harris menekankan tenaga boleh diperbaharui, Encik Trump lebih menyokong industri bahan api fosil.

– Implikasi Sejagat
Keputusan pilihan raya ini bukan sahaja akan menentukan dasar domestik Amerika, bahkan mempengaruhi landskap politik dan ekonomi global bagi tahun-tahun akan datang.

BILAKAH KEPUTUSAN AKAN DIKETAHUI?

– Dengan perlumbaan sangat sengit, pakar menjangka risiko peningkatan kelewatan dan komplikasi, seperti cabaran undang-undang mengenai kiraan undi.

– Mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum pemenang rasmi diumumkan.

– Media berita sering mengisytiharkan pemenang berdasarkan analisis undian yang diterima.

– Tarikh akhir untuk negeri mengesahkan keputusan mereka ialah 11 Disember. 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg