Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Fed jangka kadar faedah terus naik tetapi lebih perlahan

Jun 22, 2023 | 02:28 PM



WASHINGTON: Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat menjangka akan terus menaikkan kadar faedah tetapi pada kadar yang lebih perlahan, pengerusi Fed, Encik Jerome Powell, memberitahu sidang Kongres pada Rabu.


“Memandangkan sejauh mana kita telah melangkah, mungkin masuk akal untuk menaikkan kadar tetapi berbuat demikian pada kadar yang lebih sederhana,” katanya kepada Jawatankuasa Dewan mengenai Perkhidmatan Kewangan.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menghentikan kempen agresifnya terhadap inflasi minggu lepas selepas 10 kenaikan kadar faedah secara berturut-turut, bagi memberi lebih banyak masa kepada pembuat dasar menilai kekuatan ekonomi Amerika.

“Hampir semua peserta FOMC menjangka bahawa adalah wajar untuk menaikkan kadar faedah sedikit lagi menjelang akhir tahun ini,” kata Encik Powell.

Fed telah pun menaikkan kadar pinjaman penanda arasnya sebanyak lima mata peratusan sejak Mac 2022, daripada hampir sifar kepada antara 5 peratus dengan 5.25 peratus.

Walaupun langkah ini agresif, inflasi kekal jauh melebihi sasaran jangka panjang Fed sebanyak 2 peratus.

“Kami mempunyai banyak cara untuk melakukannya tetapi kami membuat kemajuan,” kata Encik Powell.

“Inflasi secara konsisten mengejutkan kami – dan pada asasnya semua peramal lain – dengan menjadi lebih berterusan daripada yang dijangkakan,” tambahnya.

Persidangan pada Rabu adalah yang pertama daripada dua yang diadakan di Capitol Hill untuk membincangkan laporan separuh tahunan Fed mengenai dasar kewangan.

Kehadiran Encik Powell memberi penggubal dasar peluang membincangkan dasar bank pada masa kadar faedah yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

Fed menerbitkan ramalan ekonomi yang dikemas kini bersama keputusan kadar faedahnya pada 14 Jun.

Ini membayangkan bahawa setengah mata peratusan kenaikan lagi mungkin diperlukan tahun ini.

“Seramai 16 daripada 18 peserta di FOMC percaya adalah sesuai untuk menaikkan kadar dan majoriti percaya Fed perlu menaikkan kadar dua kali lagi tahun ini,” Encik Powell memberitahu penggubal undang-undang.

“Saya fikir itu satu tekaan yang agak baik tentang apa yang akan berlaku jika ekonomi menunjukkan prestasi seperti yang dijangkakan,” tambahnya.

Bercakap pada petang Rabu, Presiden Fed Chicago, Encik Austan Goolsbee – yang merupakan ahli FOMC yang mengundi – menjelaskan mengapa beliau menyokong dalam mesyuarat minggu lalu.

“Kami masih dalam persekitaran yang pelik dan berkabus dan sukar untuk mengetahui di mana jalannya dan saya berasakan misi peninjauan adalah perkara yang sangat sesuai dilakukan selepas anda mendapat 10 kenaikan kadar berturut-turut, “ tambahnya.

Encik Goolsbee berkata bulan-bulan akan datang harus memberi penggubal dasar petunjuk yang lebih baik bagaimana langkah-langkah menentang inflasi sedang berjalan. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >