Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fed ubah haluan, kini berselisih dengan Trump

Jan 13, 2026 | 2:40 PM
Presiden Amerika Syarikat Encik  Donald Trump mendengar taklimat Pengerusi Lembaga Simpanan Federal (FED) Encik Jerome Powell pada Julai 2025.
Presiden Amerika Syarikat Encik Donald Trump mendengar taklimat Pengerusi Lembaga Simpanan Federal (FED) Encik Jerome Powell pada Julai 2025. - Foto: REUTERS

WASHINGTON: Pengerusi Lembaga Simpanan Federal (FED) Jerome Powell mahu mengelakkan pergaduhan dan itulah yang telah lama menjadi pendekatannya dalam urusannya dengan Presiden Donald Trump.

Ini di sebalik serangan Encik Trump yang tidak henti-henti terhadap FED, yang dalam penggal keduanya telah menjadi semakin sengit,” lapor New York Times.

Antara perintah eksekutif Encik Trump itu termasuklah merampas lebih banyak kawalan ke atas pengawasan FED terhadap Wall Street hinggalah percubaan Encik Trump untuk menggulingkan anggota lembaga gabenor penetapan dasar yang sedang berkhidmat.

Namun, FED telah berpegang kepada strategi yang telah diuji masa - cuba mengelak memprovokasi presiden.

Kadangkala, itu bermakna tunduk untuk memenuhi tuntutannya dalam bidang seperti perubahan iklim dan peraturan bank.

Tetapi Encik Powell telah menetapkan garis panduan dalam melindungi autonomi bank pusat untuk menetapkan kadar faedah.

Siasatan jenayah sama ada Encik Powell berbohong kepada Kongres… telah mendorong bank pusat untuk mengetepikan pendekatan itu dan sebaliknya menentang, yang hasilnya boleh menentukan sama ada FED kekal sebagai entiti bebas.

“Presiden Trump kini melaksanakan pilihan nuklear, jadi tidak ada lagi sebab untuk Encik Powell tidak menyuarakan pendapatnya,” kata Dr Maurice Obstfeld, zamil kanan di Institut Peterson untuk Ekonomi Antarabangsa, yang dahulunya merupakan ketua ekonomi di Tabung Kewangan Antarabangsa.

Keputusan Encik Powell untuk menolak menerusi mesej video pada petang 11 Januari, memulakan detik paling mencabar dalam tempoh lapan tahun beliau menerajui bank pusat.

Encik Powell, yang penggalnya sebagai pengerusi berakhir pada Mei, kini mesti memutuskan sama ada untuk kekal dalam peranannya sebagai gabenor, penggal yang akan tamat pada 2028.

Encik Powell dan kakitangan di Fed bekerja sepanjang hujung minggu selepas Jabatan Kehakiman menyerahkan sepina juri agung kepada bank pusat lewat 9 Januari.

Isu itu memuncak apabila video dua minit pada petang 11 Januari menampilkan Encik Powell secara terus terang menyelar pentadbiran kerana cuba memanfaatkan siasatan jenayah terhadap kos yang berkaitan dengan pengubahsuaian ibu pejabat Fed sebagai “alasan” untuk memaksa bank pusat menurunkan kos pinjaman.

“Ancaman pertuduhan jenayah adalah akibat daripada FED menetapkan kadar faedah berdasarkan penilaian terbaik kami tentang apa yang akan memberi manfaat kepada orang ramai, dan bukannya mengikut keutamaan presiden,” kata Encik Powell pada 11 Januari.

Fed telah mengurangkan kadar faedah secara beransur-ansur, sebanyak 0.75 mata peratusan sejak September 2025 kepada 3.5 peratus hingga 3.75 peratus.

Encik Trump telah menuntut kadar serendah satu peratus, menggelarkan Encik Powell sebagai “bodoh” dan “keldai degil” kerana enggan mengalah.

Projek besar itu, yang dijadualkan siap pada 2027, bernilai AS$700 juta (S$900.4 juta) melebihi bajet dan dijangka menelan belanja kira-kira AS$2.5 bilion. - NYTimes

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg