Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jalan ‘masih jauh’ untuk jalin hubungan dengan Arab Saudi: Pegawai Israel

Aug 01, 2023 | 03:16 PM



TEL AVIV: Penasihat keselamatan negara Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu berkata jalan untuk menormalkan hubungan dengan Arab Saudi “masih panjang” apabila anggota pemerintah sayap kanannya menolak konsesi kepada rakyat Palestin sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian.


Para pegawai Amerika Syarikat telah berusaha berbulan-bulan untuk mencapai apa yang akan menjadi perjanjian bersejarah yang Encik Netanyahu katakan akan menjadi langkah besar ke arah menamatkan konflik Israel-Palestin.

Namun, Riyadh telah memberi isyarat bahawa perjanjian banyak bergantung kepada soal kenegaraan Palestin.

“Saya maklum apa yang dikatakan oleh Presiden Amerika dalam satu temu bual beberapa hari lalu, di mana beliau berkata bahawa jalan masih panjang tetapi beliau fikir mungkin akan ada kemajuan,” kata penasihat keselamatan negara, Encik Tzachi Hanegbi kepada penyiar awam Israel, Kan pada Isnin.


Beliau menambah bahawa Israel tidak terlibat dalam perbincangan Amerika-Saudi.

“Saya boleh katakan bahawa Israel tidak akan menyerah kepada apa-apa yang akan menghakis keselamatannya,” tegasnya.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, melawat Arab Saudi pada Jun dengan matlamat untuk menggalak penormalan selepas mengisytiharkannya sebagai “demi kepentingan keselamatan negara” Amerika.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden minggu lalu menghantar penasihat keselamatan negaranya ke Riyadh untuk membincangkan soal perjanjian pada Jumaat.

Beliau berkata pemulihan semula “mungkin sedang dijalankan”.

Ditanya sama ada persoalan menghakis “keselamatan” Israel termasuk rancangan Riyadh untuk melaksanakan program nuklear awam di buminya, Encik Hanegbi berkata untuk itu, persetujuan Israel tidak diperlukan.

“Berpuluh-puluh negara mengendalikan projek teras nuklear awam, dan dengan menggunakan nuklear untuk tenaga, ini bukanlah sesuatu yang membahayakan mereka mahupun jiran mereka,” tambahnya.

Hubungan Amerika-Israel agak tegang sejak beberapa bulan kebelakangan ini ekoran perluasan penempatan haram Yahudi oleh pemerintah Israel di Tebing Barat yang didudukinya.

Tahun lalu menyaksikan ramai rakyat Palestin di Tebing Barat terkorban sejak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula menjejaki angka kematian pada 2005 dengan 150 orang terbunuh, termasuk 33 kanak-kanak di bawah umur.

Jumlah angka kematian pada 2023 mungkin jauh lebih tinggi.

Idea Israel dan Arab Saudi mengukuhkan secara rasmi hubungan telah dibincangkan sejak negara Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menjalin hubungan dengan Israel pada 2020. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >