Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Foto dari angkasa lepas tunjuk kesan haba di England

Jul 25, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Gambar-gambar yang didedahkan oleh Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) menunjukkan perbezaan ketara di tenggara dan timur England yang bertukar daripada hijau kepada coklat dalam masa beberapa hari disebabkan oleh suhu yang meningkat di seluruh negara.



Selepas merekodkan suhu malam tertinggi, Jabatan Meteorologi United Kingdom (UK) memaklumkan merekodkan suhu 40.3 darjah Celsius di Coningsby di timur England, dan sekurang-kurangnya 34 lokasi di Britain melepasi 38.7 darjah Celsius yang dicatat di Cambridge pada 2019.



Gelombang haba yang teruk mencetuskan kebakaran hutan di Eropah barat, melonjakkan suhu di Britain hingga melebihi 40 darjah Celsius buat pertama kali pada Selasa lalu dan melepasi rekod suhu di beberapa kawasan lain.



Beberapa kebakaran kawasan terbuka berlaku di pinggir London, dengan satu daripadanya memaksa 14 penduduk dipindahkan berikutan kawasan ladang, kediaman dan garaj musnah dijilat api.



Beberapa pakar berpandangan peningkatan suhu itu berpunca daripada perubahan iklim, dan memberi amaran bahawa situasi lebih buruk akan berlaku.



Agensi berita Reuters melaporkan, situasi itu memaksa syarikat pengangkutan keretapi terpaksa membatalkan perkhidmatan, manakala pihak berkuasa kesihatan telah meletakkan lebih banyak ambulans dalam keadaan berjaga-jaga.



Kebanyakan kawasan di Eropah sedang dilanda gelombang haba yang mengakibatkan suhu dalam lingkungan 40 darjah celcius, diburukkan lagi dengan situasi kebakaran hutan di Portugal, Sepanyol, dan Perancis.



Gelombang haba yang melanda Eropah setakat ini telah meragut kira-kira 1,700 nyawa di Sepanyol dan Portugal.



Bencana itu turut mencetuskan kebakaran hutan di seluruh benua berkenaan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >