Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

G7 setuju guna AS$50b aset Russia sebagai pinjaman kepada Ukraine

Jun 14, 2024 | 12:38 PM
Para pemimpin Kumpulan Negara G7 (G7) yang bersidang di Italy, bersetuju  melakar perjanjian bagi menyediakan pinjaman AS$50 bilion ($68 bilion) kepada Ukraine dengan menggunakan faedah daripada aset Russia yang telah dibekukan
Para pemimpin Kumpulan Negara G7 (G7) yang bersidang di Italy, bersetuju melakar perjanjian bagi menyediakan pinjaman AS$50 bilion ($68 bilion) kepada Ukraine dengan menggunakan faedah daripada aset Russia yang telah dibekukan - Foto EPA-EFE

BARI (Italy): Para pemimpin Kumpulan Negara G7 (G7) telah bersetuju melakar perjanjian bagi menyediakan pinjaman AS$50 bilion ($68 bilion) kepada Ukraine, dengan menggunakan faedah daripada aset Russia yang telah dibekukan selepas Moscow menceroboh jirannya itu pada 2022.

Perjanjian politik yang dipersetujui pada 13 Jun itu merupakan inti pati pembukaan sidang puncak tahunan pemimpin G7 di selatan Italy, yang dihadiri buat dua tahun berturut-turut oleh Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky.

Pemimpin Ukraine itu dijadual menandatangani perjanjian keselamatan jangka panjang baru bersama Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, pada 13 Jun, serta perjanjian bersama Jepun, yang juga anggota G7.

“Terdapat banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi saya yakin bahawa dalam dua hari ini kita akan dapat mengadakan perbincangan yang akan membawa kepada keputusan konkrit dan boleh diukur,” kata Perdana Menteri Italy, Cik Giorgia Meloni, dalam satu sidang di sebuah resort hotel mewah di wilayah selatan Puglia.

Pelan G7 untuk Ukraine adalah berdasarkan pinjaman berbilang tahun yang menggunakan keuntungan daripada kira-kira AS$300 bilion dana Russia yang dirampas itu.

Matlamat perjanjian itu adalah untuk memastikan ia boleh berjalan selama bertahun-tahun tanpa mengira siapa yang berkuasa di setiap negara G7.

Butiran teknikal akan dimuktamadkan dalam beberapa minggu akan datang dan pembiayaan tambahan itu akan diperolehi pada hujung 2024, tambah sumber diplomatik G7. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg