Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gabenor Florida akan umum jadi calon presiden parti Republikan

May 24, 2023 | 06:39 PM



WASHINGTON - Gabenor Florida, Encik Ron DeSantis, yang berdebat keras tentang langkah sekatan pandemik dan beberapa isu budaya, akan mengumumkan pada Rabu hasrat untuk menjadi calon Parti Republikan bagi pilihan raya presiden pada Mei 2024, sekali gus akan bersaing dengan mantan presiden Encik Donald Trump yang juga mahu dicalonkan.

Encik DeSantis akan membuat pengumuman itu melalui laman Twitter, semasa perbincangannya dengan ketua eksekutif Twitter, Encik Elon Musk, demikian disahkan oleh pasukan politik Encik DeSantis.

Pada masa yang sama, beliau akan menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, bagi pencalonannya.

Berita mengenai pencalonan itu pertama kali disiarkan oleh stesen NBC.

Encik Musk juga mengesahkan kehadirannya dalam perbincangan yang disiarkan itu, yang dianjurkan oleh Jurnal The Wall Street, dan beliau berkata tidak menyokong pencalonan Encik DeSantis.

“Pada saat ini saya tidak merancang untuk menyokong mana-mana calon, tetapi saya berminat untuk melihat Twitter menjadi wadahnya,” kata Encik Musk.

Encik DeSantis telah dipilih semula buat penggal kedua pada November 2022. Keterampilannya di kalangan anggota parti Republikan amat disenangi dan kuasanya untuk mengumpul dana menjadikannya cabaran kepada harapan Encik Trump untuk dicalonkan bagi merebut jawatan di Rumah Putih.

Kedua-dua pemimpin itu adalah rakan rapat semasa Encik Trump berkuasa selama empat tahun di Rumah Putih - Encik Trump menyokongnya semasa kempen pertama bagi jawatan gabenor. Tetapi Encik DeSantis sejak itu bergerak bagi membentuk identiti politiknya sendiri.

Berusia 44 tahun, beliau mewakili masa hadapan parti, lebih baik daripada Encik Trump yang sudah berusia 76 tahun.

“Mengumumkan di Twitter adalah amat baik bagi Encik Ron DeSantis. Dengan cara ini beliau tidak perlu berinteraksi dengan orang ramai dan pihak media pula tidak akan dapat mengajukan sebarang pertanyaan,” kata seorang penasihat Encik Trump, yang tidak mahu pengenalannya diumumkan.

Encik DeSantis akan mengadakan mesyuarat di Miami dengan penderma utamanya, yang akan segera melancarkan gerakan mengumpul dana bagi pilihan raya presiden itu.

Semasa pandemik virus Corona, Encik DeSantis menjadi terkenal kerana menentang keras langkah mewajibkan pemakaian pelitup dan suntikan. Beliau juga merupakan pengkritik utama terhadap Dr Anthony Fauci, yang mengetuai kumpulan pemerintah merespons Covid-19, semasa pentadbiran Encik Trump dan Presiden Joe Biden.

Dalam ucapannya, beliau berhujah bahawa dasarnya memungkinkan Florida mencapai pemulihan membawa negeri itu ke satu tahap yang berfaedah kepada ratusan ribu penduduknya, dan mewujudkan peluang pekerjaan sejak lebih dua tahun lalu.

“Respons beliau terhadap pandemik, secara berkesan menjadikannya seorang gabenor Amerika yang diistilahkan sebagai “red-states,” kata Encik Justin Sayfie, bekas penolong kepada mantan gabenor Florida.

Istilah “red-state” biasanya digunakan oleh parti Republikan untuk menggambarkan harapan mencapai kemenangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >