Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gabungan parti pimpinan Pita kian peroleh sokongan bentuk kerajaan di Thailand

Jun 21, 2023 | 04:12 PM



BANGKOK: Gabungan parti prodemokrasi yang menyapu bersih pilihan raya umum Thailand bulan lalu mendakwa ia hampir memperoleh sokongan yang mencukupi daripada Senat untuk membentuk kerajaan baru pimpinan Encik Pita Limjaroenrat.


Perikatan lapan parti itu telah mencapai “kemajuan yang memuaskan” dalam memenangi bilangan senator yang mencukupi untuk melepasi ambang 376 undi dalam sidang bersama Parlimen yang memilih perdana menteri, kata Cik Sirikanya Tansakun, timbalan ketua Parti Move Forward, yang mengetuai kumpulan itu.

Encik Pita yang berpendidikan Harvard memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 64 lagi penggubal undang-undang daripada jumlah sekarang sebanyak 312 anggota dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 500 anggota itu.

“Kami mendapat sokongan daripada lebih ramai senator dan hampir mencapai sasaran,” kata Cik Sirikanya kepada pemberita pada Selasa.

Berita mengenai peningkatan sokongan terhadap Encik Pita mungkin membantu meredakan kebimbangan pelabur terhadap kebuntuan politik berpanjangan yang boleh mendorong dana asing untuk melupuskan saham dan bon negara sejak pilihan raya.

Gabungan itu, yang sebelum ini mendakwa mendapat sokongan 19 senator, ditentang oleh majoriti senator berhubung ikrar Move Forward untuk meminda undang-undang tegar yang boleh menghukum penghinaan terhadap monarki.

Setiausaha Agung Move Forward, Encik Chaithawat Tulathon, dilaporkan berkata pada awal Jun bahawa bilangan senator pro-Pita telah meningkat kepada kira-kira 40, menurut akhbar setempat Bangkok Post.


Kedua-dua dewan Parlimen itu akan bermesyuarat pada 4 Julai, atau 15 hari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya memperakui keputusan pilihan raya pada Isnin.

Satu lagi persidangan bersama akan diadakan oleh Speaker Dewan untuk memilih perdana menteri yang baru.

Move Forward dan Pheu Thai, parti terbesar dalam gabungan itu, masih belum mencapai persetujuan mengenai jawatan speaker, menurut timbalan setiausaha agung Pheu Thai, Encik Phaophum Rojanasakul.

Kedua-dua kumpulan itu mungkin menyelesaikan pertikaian itu sebelum mesyuarat pemimpin gabungan seterusnya, katanya.

Perhimpunan yang pada asalnya dijadualkan pada Khamis akan ditangguhkan buat masa ini kerana Encik Pita telah dijangkiti Covid-19, menurut Move Forward dalam satu kenyataan.

Walaupun Encik Pita disahkan secara rasmi sebagai ahli parlimen pada Isnin, beliau masih menghadapi siasatan oleh badan pilihan raya dan kemungkinan aduan baru yang mungkin menyebabkan kehilangan kelayakannya berhubung dakwaan pemilikan saham media.

Tetapi Encik Pita berkata isu yang telah mencengkam negara selama berminggu-minggu itu tidak akan menghalang usahanya untuk menjadi perdana menteri. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >