KUANTAN: Gajah tertua di negara ini, Lokimala milik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang yang berjasa sebagai denak mati pada Jumaat.
Haiwan betina, 86 tahun, itu dibawa masuk ke Malaysia dari Assam, India pada 27 Jun 1974, mati kerana sakit tua.
Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, berkata sepanjang berada di negara ini, Lokimala membantu Unit Kebajikan Gajah dan Unit Pengurusan Gajah sebelum menyertai pasukan PKGK sebagai gajah denak yang terbabit dalam operasi memindahkan gajah liar yang ditangkap di Semenanjung.
Katanya, terkenal dengan sifat mudah dikawal, jinak, dan rajin, Lokimala terbabit dalam operasi memindahkan sebanyak 150 ekor gajah liar di beberapa negeri sebelum ini.
“Lokimala dibawa masuk ke negara ini bersama tiga lagi gajah dari India bernama Ganesh, Lal Bahadul dan Paul Bahadul bagi membantu tangkapan dan pemindahan gajah liar oleh PKGK.
“Selain bertugas dalam operasi pemindahan gajah liar, Lokimala sebelum ini turut terbabit dengan aktiviti pertunjukan untuk tontonan pelancong yang datang ke PKGK,” katanya.
Beliau berkata, faktor usia dan tahap kesihatan gajah berkenaan kurang memuaskan sejak beberapa tahun lalu memaksa pihaknya mengambil keputusan merehatkan Lokimala.
Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho
Pendidik, penggiat dan pengkaji seni, Zarina Muhammad, terasa bagaikan ingin mengadakan sesi rumah terbuka berskala besar sempena musim Lebaran yang bakal dilabuhkan tirainya.
Semangat gotong-royong
Jadikan masa bersama keluarga anda lebih bermanfaat dan menyeronokkan dengan kegiatan berikut.
Hari Bumi adalah acara tahunan yang berlangsung pada 22 April bagi menunjukkan sokongan terhadap
Dapur tak harus berasap pada Hari Ibu… kalau pun berasap, soal urusan masak-memasak harus diambil alih anak-anak.
Namun jika anda mahu meraikan ibu dengan membawa mereka menjamu selera di luar rumah
Besar cabaran menjadi seorang ibu, namun ia juga satu pengalaman yang paling bermakna.
Membesarkan anak-anak, menyaksikan kerenah dan belai manja mereka, adalah nikmat yang luar biasa, terutama jika
Menghadap pelbagai produk penjagaan kulit, daripada krim mewah hingga serum berteknologi tinggi, kita sering terfikir sama ada mengeluarkan wang untuk ramuan yang mahal benar-benar wajar.
Bahkan dalam
Apabila diberi amanah mengkaji dan menggali lebih dalam lagi pelbagai versi cerita rakyat Bawang Putih Bawang Merah, penulis naskhah pentas dari seberang Tambak, Ridhwan Saidi, teruja tetapi akur
Berikan apa jua watak kepada pelakon Malaysia, Nabila Huda Suhaimi, 39 tahun dan pastinya beliau dapat menyampaikannya dengan penuh semangat kerana dunia lakonan itu sudah sebati dengan dirinya.
Kini
Beliau boleh saja memilih untuk kekal bekerja dalam sekitaran berhawa dingin seperti di tempat kerja lamanya dalam bidang makanan dan minuman (F&B).
Namun, Cik Nur Sharmin rela bertukar kerjaya, sekali

Che Ku Mohd Zamzuri berkata, kelmarin tahap kesihatan Lokimala semakin menurun sehingga tidak dapat berdiri lagi dan pernafasannya semakin pelahan, kira-kira jam 10.54 pagi haiwan berkenaan mati dan ditanam dalam kawasan PKGK.
“Pada usia 86 tahun Lokimala, ia menyamai umur dengan gajah bernama ‘Lin Wang’ yang ditempatkan di Zoo Taipei pada 2003 yang dicatat oleh Rekod Dunia Guinness,” katanya yang kini menguruskan 26 gajah denak di PKGK.
Penjaga haiwan itu, M Shujaei Aziz, 46 tahun, berkata penjagaan haiwan betina itu begitu mudah dan tidak terlalu membebankan.
“Saya sedih dan sayu dengan kematian Lokimala, sebelum ini setiap hari saya bersamanya.
“Kenangan menjaganya tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila, kakitangan PKGK Lanchang turut sama bersedih dengan kehilangan haiwan yang manja ini,” katanya. - Berita Harian Malaysia (BHM)