Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Individu, syarikat di M’sia tidak boleh beli lebih 100kg beras putih tempatan

Sep 08, 2023 | 12:29 PM



KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Malaysia telah menetapkan had maksimum 100 kilogram bagi pembelian beras putih tempatan (BPT) ke atas setiap orang dan syarikat berkuat kuasa serta-merta.


Langkah itu diambil sebagai sebahagian usaha kementerian tersebut untuk mengatasi gangguan bekalan BPT di pasaran.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood, berkata keputusan itu juga mengambil kira gangguan bekalan BPT yang dikenal pasti berpunca daripada pembelian secara pukal, terutama oleh peniaga.

Beliau, yang juga Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras, berkata hasil siasatan pihaknya mendapati segelintir peniaga membeli BPT hingga 600 kampit untuk menjimatkan kos dan mengaut keuntungan mudah.

“Peniaga kononnya mahu menurunkan kos yang perlu ditanggung mereka dengan membuat pembelian BPT antara 500 hingga 600 kampit.

“Bagaimanapun, peniaga dilihat masih mengekalkan harga nasi di premis masing-masing pada kadar sama. Tiada penurunan harga berlaku, walaupun mereka membeli BPT secara pukal.

“Justeru, kita lihat ada keperluan mengehadkan kuantiti pembelian BPT mengikut ketetapan dalam peraturan sedia ada, walaupun ia tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini,” kata Datuk Azman, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Beliau menggesa pemborong dan peruncit mematuhi had itu agar tidak dikenakan tindakan, termasuk pembatalan lesen.

Pada Selasa, BHM melaporkan bekalan BPT di seluruh Malaysia dijangka pulih dalam sebulan menyusuli langkah intervensi segera yang sedang dilaksana kerajaan.

Ia memetik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata langkah intervensi menerusi Program Khas BPT itu akan meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran seluruh negara.

KPKM meminta pengilang padi dan pemborong meningkatkan bekalan sebanyak 20 peratus menerusi Program Khas BPT sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan.

Sementara itu, pada Ahad Datuk Mohamad dilaporkan berkata pihaknya mengesyaki wujud tindakan memanipulasi bekalan BPT dengan menukarkan bungkusannya kepada kampit beras import.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan segelintir pihak tidak bertanggungjawab demi meraih keuntungan mudah.

Ketika ditanya tentang dakwaan bahawa wujud tindakan manipulasi bekalan BPT, Datuk Azman berkata setakat ini pihaknya belum mendapati sebarang bukti yang membabitkan tindakan orang yang dikatakan menukarkan bungkusan BPT kepada kampit beras import.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >