Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gambar tahanan Trump diedarkan setelah serah diri di penjara Atlanta

Aug 25, 2023 | 12:21 PM



ATLANTA: Encik Donald Trump telah menyerah diri di sebuah penjara Atlanta, Georgia, setelah dikenakan beberapa pertuduhan jenayah pada Khamis.


Dalam satu gambar yang diedarkan oleh Pejabat Syerif Fulton County, Encik Trump dilihat memakai suit biru dan tali leher merah semasa gambarnya diambil dalam penjara tersebut – daripada rekod Penjara Fulton County, beliau berada di dalam penjara itu selama 20 minit.

Pertuduhan jenayah itu adalah sebahagian daripada kes jenayah berkaitan percubaan bekas Presiden Amerika Syarikat itu untuk mengubah keputusan pilihan raya 2020 setelah tewas di Georgia.

Selain daripada kes di Georgia, beliau turut menghadapi tiga kes jenayah berasingan di wilayah berlainan iaitu di New York, Florida dan Washington D.C.

Sebelum menaiki pesawat peribadinya di Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson di Atlanta selepas dikenakan tuduhan, Encik Trump menegaskan bahawa pendakwaan tersebut berbaur politik.

Beliau berkata kepada pihak media: “Apa yang berlaku di sini adalah satu penghinaan terhadap keadilan. Saya tidak membuat kesalahan, dan semua orang tahu (akan hal ini).”

Encik Trump telah bersetuju membayar bon AS$200,000 ($270,000) dan menerima syarat jaminan yang menghalangnya daripada mengugut saksi atau 18 defendan bersama bagi kes di Georgia. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >