Gamelan hiasi landskap berbilang budaya S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gamelan hiasi landskap berbilang budaya S’pura

Bukan sahaja hargai muzik bahkan juga seni pertukangan agar gamelan terus segar di pentas moden
Mar 2, 2026 | 5:30 AM

Gamelan hiasi landskap berbilang budaya S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Tiga petukang sedang bertugas di stesen masing-masing dengan setiap seorang menumpukan perhatian pada peringkat berbeza dalam proses menghasilkan gamelan.
Tiga petukang sedang bertugas di stesen masing-masing dengan setiap seorang menumpukan perhatian pada peringkat berbeza dalam proses menghasilkan gamelan. - Foto-foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Tiga petukang membentuk gangsa merah membara melalui proses berulang membakar dan membentuk, membakar semula dan membentuk kembali sehingga mencapai rupa yang dikehendaki dan satu proses itu boleh mengambil masa berhari-hari.
Tiga petukang membentuk gangsa merah membara melalui proses berulang membakar dan membentuk, membakar semula dan membentuk kembali sehingga mencapai rupa yang dikehendaki dan satu proses itu boleh mengambil masa berhari-hari. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Di sebuah perkampungan sunyi di pinggir Surabaya, Indonesia, suasana sepi dipecahkan oleh dentingan tukul yang jatuh perlahan dan tepat ke atas logam.

Percikan api kelihatan dari relau ketika petukang membentuk gangsa cair, dengan setiap hentakan bergema seperti degupan jantung.

Di sebuah bengkel tuangan tradisional di Jawa, satu set alat muzik gamelan sedang dibentuk, ditempah oleh Artusik, sebuah kolektif kebudayaan dan kreatif berpusat di Singapura yang berakar pada warisan dan berkembang dalam seni kontemporari.

Alat harian seperti tukul kayu, playar, pembaris dan jangka sudut digunakan seiring peralatan khusus dalam proses menghasilkan gamelan.
Alat harian seperti tukul kayu, playar, pembaris dan jangka sudut digunakan seiring peralatan khusus dalam proses menghasilkan gamelan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Kepingan logam bulat dan rata diukur dengan teliti bagi memastikan ketepatannya sebelum dibentuk sekali lagi dalam proses menghasilkan bonang – alat gamelan atau sejenis gong.
Kepingan logam bulat dan rata diukur dengan teliti bagi memastikan ketepatannya sebelum dibentuk sekali lagi dalam proses menghasilkan bonang – alat gamelan atau sejenis gong. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pada November 2025, Berita Harian (BH) menyertai Artusik untuk menyaksikan sendiri bagaimana petukang mahir bekerja.

Berpegang pada teknik yang diwarisi sejak ratusan tahun, mereka memilih kaedah buatan tangan berbanding pengeluaran kilang.

Bagi para tukang ini, matlamatnya bukan sekadar menghasilkan mutu barangan unggul, malah memelihara satu warisan hidup yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Seorang petukang mengetuk logam secara berterusan bagi membentuknya secara berperingkat.
Seorang petukang mengetuk logam secara berterusan bagi membentuknya secara berperingkat. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Jangka sudut digunakan untuk melukis dan menyemak bulatan, dengan pengukuran dilakukan berulang kali bagi memastikan bentuk dan saiz yang tepat, kerana perbezaan kecil boleh menjejas ton alat muzik.
Jangka sudut digunakan untuk melukis dan menyemak bulatan, dengan pengukuran dilakukan berulang kali bagi memastikan bentuk dan saiz yang tepat, kerana perbezaan kecil boleh menjejas ton alat muzik. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Artusik diasaskan oleh pemuzik, Shahneezar Shahnan, 39 tahun, bersama guru muzik dan pemain piano, Nabillah Jalal, 33 tahun.

Usaha sama itu adalah bagi mengangkat warisan Nusantara dalam landskap masyarakat berbilang budaya Singapura.

Melalui persembahan bersifat imersif serta penglibatan masyarakat di acara korporat dan kebudayaan, Artusik membawa alat muzik Nusantara ke dalam ensembel moden yang fleksibel.

Di teras usaha ini membolehkan tradisi Nusantara bergandingan secara harmoni dengan alat muzik Barat.

Dua bahagian bonang gamelan dikimpal bersama sebagai sebahagian daripada proses pemasangan.
Dua bahagian bonang gamelan dikimpal bersama sebagai sebahagian daripada proses pemasangan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Namun, penalaan menjadi satu cabaran. Mencapai keharmonian ini memerlukan satu penyelesaian teknikal.

Gamelan tradisional ditala mengikut skala slendro dan pelog yang berusia ratusan tahun, yang tidak sejajar secara semula jadi dengan skala kromatik 12 nada Barat.

Bagi merapatkan jurang itu, Artusik menempah satu set gamelan yang ditala secara kromatik.

Walaupun bukan yang pertama menggunakan penalaan sedemikian, pilihan itu dibuat secara strategik bagi membolehkan gamelan memainkan muzik moden dengan lebih fleksibel dan selari bersama alat muzik Barat.

Seorang petukang menggunakan saron sebagai rujukan ketika menala bonang, dengan logam dilaras berulang kali bagi mendapatkan bunyi yang tepat. Penalaan dilakukan berdasarkan pendengaran, melalui ketukan dan pembentukan semula logam, kerana perubahan kecil boleh memberi kesan besar terhadap bunyi dan gema bonang.
Seorang petukang menggunakan saron sebagai rujukan ketika menala bonang, dengan logam dilaras berulang kali bagi mendapatkan bunyi yang tepat. Penalaan dilakukan berdasarkan pendengaran, melalui ketukan dan pembentukan semula logam, kerana perubahan kecil boleh memberi kesan besar terhadap bunyi dan gema bonang. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Seorang petukang mengukir rangka kayu yang menjadi pemegang alat muzik, memahat kayu bagi menghasilkan corak hiasan.
Seorang petukang mengukir rangka kayu yang menjadi pemegang alat muzik, memahat kayu bagi menghasilkan corak hiasan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Penggunaan julat kromatik memastikan gamelan kekal sebagai suara yang hidup dan relevan dalam konteks masa kini.

Perkembangan ini mengundang penonton daripada pelbagai peringkat usia untuk menghargai bukan sahaja muziknya, bahkan juga seni pertukangan di sebaliknya, sambil memastikan gamelan terus mempunyai tempat di pentas moden.

Rangka gamelan siap yang ditempah khas untuk Artusik.
Rangka gamelan siap yang ditempah khas untuk Artusik. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Anggota ensembel Artusik bermain muzik secara santai di studio mereka menggunakan gabungan alat muzik termasuk piano, gendang, gitar, erhu, saksofon, akordion, bonang dan saron. Walaupun susunan ensembel berubah mengikut keperluan persembahan, alat muzik gamelan lazimnya menjadi teras utama.
Anggota ensembel Artusik bermain muzik secara santai di studio mereka menggunakan gabungan alat muzik termasuk piano, gendang, gitar, erhu, saksofon, akordion, bonang dan saron. Walaupun susunan ensembel berubah mengikut keperluan persembahan, alat muzik gamelan lazimnya menjadi teras utama. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg