Topik diikuti
Pergi ke BHkuGangguan elektrik selama 23 jam di Sumatera ragut empat nyawa
Gangguan elektrik selama 23 jam di Sumatera ragut empat nyawa
Lebih 13 juta penduduk Sumatera terjejas, tuntut pampasan selepas bekalan elektrik lumpuh
May 25, 2026 | 1:47 PM
Gangguan elektrik selama 23 jam di Sumatera ragut empat nyawa
Sebuah kedai di bandar Padangsidimpuan, Sumatera Utara, menggunakan cahaya daripada generator pada 22 Mei ketika jalan raya di kawasan itu bergelap akibat gangguan elektrik besar-besaran. Gangguan itu menjejaskan hampir seluruh wilayah di tanah besar Pulau Sumatera. Syarikat elektrik PT PLN berkata bekalan elektrik kembali pulih seperti biasa pada 24 Mei. - Foto SOSIAL MEDIA ORYZA PASARIBU
JAKARTA: Gangguan elektrik besar yang melanda hampir seluruh pulau Sumatera bermula 22 Mei lalu lalu bukan sahaja menyebabkan jutaan penduduk bergelap selama berjam-jam, malah meragut empat nyawa dan mencetuskan tuntutan pampasan terhadap syarikat elektrik milik negara, PT PLN.
Bekalan elektrik yang terputus selama 17 hingga 23 jam di beberapa kawasan menjejas wilayah besar termasuk Sumatera Utara, Aceh, Sumatera Barat, Riau, Jambi dan Sumatera Selatan.
Laporan berkaitan
Mangsa banjir besar Aceh terputus bekalan elektrikDec 11, 2025 | 12:52 PM
Banjir, tanah runtuh di Sumatera Utara ragut 28 nyawa; perhubungan terputusNov 27, 2025 | 4:45 PM
