Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Gangguan seksual terhadap lelaki meningkat: Menteri

Oct 06, 2023 | 10:59 AM



IPOH: Lebih ramai lelaki tampil dan membuat laporan mengenai gangguan seksual, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.


Memetik 762 kes yang dilaporkan dari 6 Julai hingga 2 Oktober, beliau berkata kaum lelaki membuat 187 laporan manakala selebihnya daripada kaum wanita.

“Majoriti kes yang dilaporkan oleh lelaki adalah gangguan yang dibuat menggunakan jenaka,” katanya, lapor The Star


Beliau berkata Kelantan mencatatkan jumlah laporan tertinggi daripada lelaki (52 kes) dalam tempoh itu.

Datuk Nancy menjelaskan bahawa terdapat empat peringkat untuk mengkategorikan keseriusan kes gangguan seksual.

Kes ‘peringkat rendah’ ialah apabila seseorang membuat jenaka seksual terhadap mangsa.

‘Peringkat pertengahan’ ialah apabila mangsa terpaksa berurusan dengan gerak isyarat seksual atau bahasa lisan oleh pendera.

Bagi gangguan seksual ‘peringkat tinggi’, ini berlaku apabila pendera meminta mangsa melakukan perbuatan seksual atau memandang orang itu dengan cara yang tidak wajar, antara lain.

“Tahap kritikal berlaku apabila pendera terus mengganggu orang itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan mental,” kata Datuk Nancy.

Daripada 52 kes di Kelantan, beliau berkata 34 adalah tahap rendah, 12 adalah tahap pertengahan dan baki enam lagi dikategorikan sebagai tahap tinggi.

Beliau berkata terdapat satu kes gangguan seksual yang kritikal dilaporkan kepada polis di Pulau Pinang oleh seorang wanita.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Sokongan Anti-Gangguan Seksual pada Khamis, Datuk Nancy berkata bilangan orang yang membuat aduan mengenai gangguan seksual telah meningkat.

“Kami percaya bahawa program sokongan telah membantu mangsa, sama ada wanita, lelaki atau kanak-kanak untuk bersuara,” ujarnya.

Memetik data dari tempoh sama, beliau berkata jumlah tertinggi kes gangguan seksual datang dari Kedah (160 laporan). Ini diikuti Kelantan (143) dan Sabah (116).

“Kekerapan kes gangguan seksual berlaku mungkin lebih tinggi berbanding kes yang dilaporkan. Kami akan terus meningkatkan kesedaran dan menyokong program ini,” tambahnya.

Merujuk kepada statistik polis, Datuk Nancy berkata 378 kes dilaporkan pada 2020, 506 kes pada 2021 dan 477 kes dilaporkan pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >