Gaza kurang bahan api, makanan setelah Israel tutup lintasan susuli perang Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaza kurang bahan api, makanan setelah Israel tutup lintasan susuli perang Iran

Mar 3, 2026 | 12:27 PM

Gaza kurang bahan api, makanan setelah Israel tutup lintasan susuli perang Iran

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gaza, kurang bahan api, makanan, Israel, perang Iran
Rakyat Palestin yang berlindung di khemah-khemah sementara kini berdepan masalah kekurangan bahan api dan makanan akibat tindakan Israel menutup lintasan atas alasan perang dengan Iran. - Foto AFP

JALURAN GAZA: Gaza kini menghadapi masalah kekurangan bekalan bahan api dan makanan selepas Israel menyekat kemasukan bahan api dan barangan ke wilayah itu atas alasan pertempuran dengan Iran.

Tentera Israel menutup semua lintasan sempadan Gaza pada 28 Februari selepas mengumumkan serangan udara ke atas Iran yang dijalankan bersama Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa Israel menyatakan lintasan itu tidak boleh dikendalikan dengan selamat semasa perang dan belum menyatakan berapa lama ia akan ditutup.

Gaza bergantung sepenuhnya kepada bahan api yang dibawa masuk melalui trak dari Israel dan Mesir dan kekurangan bekalan segar akan membahayakan operasi hospital dan mengancam perkhidmatan air dan sanitasi, kata pegawai tempatan.

Kebanyakan rakyat Palestin di Gaza kehilangan tempat tinggal selepas perang dua tahun meletus antara Israel dengan Hamas.

“Saya jangkakan kita mungkin mempunyai masa beberapa hari,” kata pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Karuna Herrmann, yang bertanggungjawab ke atas pengedaran bahan api di Gaza.

Encik Amjad Al-Shawa, seorang pemimpin bantuan Palestin di Gaza yang bekerjasama dengan PBB dan badan-badan bukan pemerintah, menganggarkan bekalan bahan api boleh bertahan selama tiga atau empat hari, manakala stok sayur-sayuran, tepung dan keperluan lain juga boleh habis tidak lama lagi jika lintasan terus ditutup.

Agensi tentera COGAT Israel, yang mengawal akses ke Gaza, berkata bahawa makanan yang mencukupi telah dihantar ke wilayah itu sejak permulaan gencatan senjata pada Oktober 2025 untuk memenuhi keperluan penduduk.

“Stok sedia ada dijangka mencukupi untuk tempoh yang panjang,” kata COGAT, tanpa mengulas lebih lanjut.

Namun, ia enggan mengulas mengenai potensi kekurangan bahan api di Gaza akibat sekatan terbaru itu.

Gencatan senjata itu adalah sebahagian daripada rancangan lebih luas yang disokong Amerika untuk menamatkan perang yang melibatkan pembukaan semula lintasan sempadan Rafah dengan Mesir, meningkatkan aliran bantuan ke wilayah Gaza dan membina semula wilayah yang hampir musnah sepenuhnya itu.

Encik Hamada Abu Laila, seorang rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza, berkata penutupan itu menimbulkan kebimbangan tentang kembalinya masalah kebuluran yang pernah melanda sebahagian wilayah itu tahun lalu selepas Israel menyekat penghantaran bantuan selama 11 minggu.

“Mengapa Gaza dipersalahkan akibat peperangan serantau antara Israel dan Amerika dengan Iran? Ia bukan salah kita,” kata Encik Hamad. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg