Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gaza terus dibedil, dua hari selepas gencatan senjata diakhiri

Tindakan Israel serang Gaza rumitkan proses gencatan senjata susulan: Pengantara
Dec 02, 2023 | 05:09 PM



GAZA: Konflik yang disambung semula di Gaza menyusuli gencatan senjata seminggu, berlarutan sehingga hari kedua pada 2 Disember, selepas perbincangan untuk melanjutkan tempoh gencatan senjata terhenti.


Pihak yang terlibat dalam proses pengantaraan berkata serangan yang dijalankan Israel di Gaza sedang menyukarkan percubaan untuk mengadakan gencatan senjata lagi.

Kawasan di Timur Khan Younis, pekan di selatan Gaza dibedil teruk selepas waktu subuh pada 1 Disember iaitu tarikh luput asal gencatan senjata, kata wartawan Reuters di sana.


Pegawai kesihatan di Gaza berkata serangan udara yang dijalankan oleh tentera Israel mulai tarikh itu telah membunuh 184 orang, selain mencederakan lagi 589 orang. 

Lebih 20 rumah juga dibedil.

Penduduk di kawasan itu melarikan diri ke bahagian barat Gaza, berbekal barangan mereka yang dicampak ke dalam kereta sorong.

Kededua pihak, Israel dan Hamas menyalahkan satu sama lain kerana menyebabkan gencatan senjata itu berakhir -– yang diiringi syarat warga Israel yang ditahan Hamas dilepaskan dan ditukar dengan warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pertarungan terbaru ini akan memudaratkan keadaan kecemasan kemanusiaan yang teruk.

“Neraka di bumi telah kembali ke Gaza,” kata Encik Jens Laerke, jurucakap pejabat kemanusiaan PBB di Geneva.

“Hari ini, dalam masa beberapa jam, ramai yang dilaporkan terbunuh atau cedera. Keluarga diberitahu supaya melarikan diri sekali lagi. Harapan sudah musnah,” kata ketua jabatan bantuan PBB, Encik Martin Griffiths, yang berkata kanak-kanak, wanita dan lelaki di Gaza tiada tempat selamat untuk dituju dan tiada makanan untuk menyara hidup masing-masing.

Gencatan senjata yang bermula pada 24 November telah dilanjutkan dua kali, dengan Israel berkata ia akan terus menyokong gencatan selagi Hamas melepaskan 10 orang tebusan setiap hari.

Namun, selepas tujuh hari, di mana wanita, kanak-kanak dan warga asing dilepaskan, rundingan yagn diadakan gagal mencapai penyelesaian supaya lebih ramai orang, termasuk tentera dan orang awam dari Israel dilepaskan.

Israel menuduh Hamas enggan  melepaskan semua wanita yang ditahannya. Seorang pegawai Palestin berkata rundingan bagi gencatan senjata dilanjutkan terhenti disebabkan pertelingkahan berhubung askar wanita Israel. 

Israel telah bersumpah untuk menghapuskan Hamas selepas kumpulan itu menjalankan serangan pada 7 Oktober yang dikatakan membunuh 1,200 orang. Sebanyak 240 orang dijadikan orang tebusan. 

Sejak itu, Israel telah menjalankan serangan demi serangan ke atas Gaza, yang telah dipimpin Hamas sejak 2007. Penguasa kesihatan Palestin, yang dianggap berwibawa oleh PBB, berkata lebih 15,000 warga Palestin di Gaza telah terbunuh. Ribuan lagi masih hilang.

Qatar, yang mendukung peranan utama dalam proses pengantaraan berkata rundingan masih dijalankan antara wakil Israel dan Palestin, tetapi serangan terbaru Israel ke atas Gaza telah merumitkan keadaan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >