Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gelora Myanmar dalam kemelut politik

May 05, 2023 | 05:22 PM



“KAMI tidak nampak apa-apa perubahan lagi. Keadaan di beberapa tempat pula semakin teruk,” luah Cik Lin, seorang guru warga Myanmar semasa perbualannya dengan Berita Harian baru-baru ini.



Karyawan muda berusia 25 tahun itu meminta agar identitinya dirahsiakan akhbar ini kerana beliau menyokong perjuangan prodemo    krasi.



“Kehidupan rakyat musnah disebabkan konflik ini. Yang jelas sekarang, yang muda kini membantu satu sama lain dan cuba untuk keluar (daripada konflik ini), sedang yang tua pula cuba menyelamatkan satu sama lain,” ujar Dr Khin, 38 tahun, seorang pensyarah universiti di Myanmar, yang sedia bercakap dengan wartawan asalkan identitinya tidak didedahkan demi menjamin keselamatannya.



Konflik bersenjata di Myanmar, asasnya adalah satu perebutan kuasa antara rejim junta tentera dengan penyokong prodemokrasi yang telah berlangsung selama lebih dua tahun – sejak 1 Februari 2021 – apabila pihak tentera menahan pemimpin yang dipilih rakyat, Cik Aung San Suu Kyi, dan menafikan kemenangan besar yang diraih Parti Liga Nasional Untuk Demokrasi (NLD) yang dipimpinnya, pada November 2020.



Cik Suu Kyi, 78 tahun, kini menjalani hukuman penjara selama 33 tahun setelah didapati bersalah oleh mahkamah negara itu atas pelbagai kesalahan, termasuk melakukan rasuah, melanggar perintah sekatan Covid-19 – sekali gus melenyapkan pengaruhnya. 



Menurut perangkaan Persatuan Bantuan Untuk Banduan Politik (AAPP) Myanmar yang didapatkan akhbar ini menunjukkan, sehingga 3 Mei lalu, lebih 3,459 rakyat negara itu maut dan seramai 17,846 orang telah ditahan atau dijatuhi hukuman penjara sejak tercetus konflik.



Lebih menghibakan, sejumlah 513 wanita telah terbunuh sejak kudeta Februari 2021 itu, menurut Kesatuan Wanita Burma.



Malah kumpulan itu mendedahkan bahawa pada April 2023 sahaja, sekurang-kurangnya 55 wanita maut manakala 43 lagi telah ditahan, termasuk 45 mangsa dari kampung Pazi Gyi yang dibom di Perbandaran Kantbalu, Kawasan Sagaing, pada 11 April lalu.



Sehingga ke hari ini, keadaan di Myanmar kekal huru-hara.



Selepas berbulan-bulan menghebahkan rancangannya untuk mengadakan pilihan raya umum pada Ogos 2023, pemimpin junta, Jeneral Min Aung Hlaing, secara tiba-tiba pada Februari lalu memutuskan untuk melanjutkan tempoh rejim itu untuk enam bulan lagi atas alasan “pihak tentera belum dapat mengawal sepenuhnya negara itu” bagi mengadakan pilihan raya.



Tidak cukup dengan itu, junta tentera itu juga mendedahkan sejumlah 40 parti politik yang ada, termasuk NLD, telah dibubarkan kerana gagal berdaftar mengikut masa yang ditetapkan di bawah Undang-Undang Pendaftaran Parti Politik yang baru.



Yang jelas, langkah ‘tarik brek’ ini mengenjotkan peralihan ke arah demokrasi yang diyakini dapat mengembalikan kemakmuran di Myanmar.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >