Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gempa bumi runtuhkan 16 bangunan di Turkey

Aug 11, 2025 | 3:06 PM
turkey quake, sindirgi, balikesir
Para penduduk dan pasukan kecemasan cuba mengesan mangsa yang mungkin tertimbun dalam puing-puing bangunan yang runtuh dalam gempa bumi di daerah Sindirgi, di barat wilayah Balikesir, pada 10 Ogos. - Foto REUTERS

ISTANBUL: Seorang terbunuh Apabila gempa bumi berukuran 6.1 skala Ritcher melanda wilayah Balikesir di barat laut Turkey, kata Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya.

Menurutnya, bencana alam itu turut menyebabkan 29 orang cedera dan 16 bangunan runtuh menyembah bumi.

Gempa itu, yang menurut Penguasa Pengurusan Bencana (Afad) Turkey, berlaku pada 7.53 malam, dirasai di beberapa wilayah, termasuk bandar terbesar di negara itu, Istanbul.

Encik Yerlikaya berkata seorang lelaki berusia 81 tahun meninggal dunia selepas diselamatkan daripada puing-puing runtuhan oleh pasukan kecemasan.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kini selesai dan tiada lagi tanda-tanda kerosakan serius atau kemalangan jiwa dikesan.

Afad berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman 11 kilometer (km), manakala Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) mencatatkan magnitud gempa bumi pada 6.19 dan kedalaman 10 km.

Menurut Afad lagi, gempa bumi itu diikuti dengan beberapa gegaran susulan, termasuk satu gempa berukuran 4.6, dan menggesa rakyat supaya tidak memasuki bangunan yang rosak.

Gempa bumi diukur menggunakan skala magnitud, yang mencerminkan tenaga yang dibebaskan.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud termasuk dalam kategori “sederhana kuat”.

Namun, ia boleh menyebabkan kerosakan pada struktur yang lebih lama atau usang pada jarak berpuluh-puluh kilometer daripada pusat gempa dan mudah dilihat oleh orang di dalam dan di luar rumah.

Gempa tersebut adalah yang terbaru melanda Turkey yang terkenal dengan pelbagai tarikan pelancongnya,

Pada April, gempa bumi sekuat 6.2 mengikut skala Richter melanda bawah Laut Marmara berhampiran Istanbul, sekali gus mencetuskan panik meluas dan banyak kecederaan di bandar Turkey itu.

Namun, tiada laporan segera mengenai kerosakan serius.

Lebih 150 orang dimasukkan ke hospital akibat cedera ketika cuba terjun dari bangunan, kata pejabat gabenor di Istanbul, sebuah bandar yang dianggap berisiko tinggi menghadapi gempa bumi besar.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi itu mempunyai kedalaman cetek kira-kira 10 kilometer, dan pusat gempanya adalah kira-kira 40 kilometer ke barat daya Istanbul, bawah Laut Marmara. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg