Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gempa di Jawa Barat rosakkan 248 rumah, 456 penduduk dipindah

Jan 02, 2024 | 04:05 PM



SUMEDANG (Jawa Barat): Gempa bumi berukuran 4.8 magnitud di daerah Sumedang, Jawa Barat pada petang 31 Disember lalu, mengakibatkan 248 buah rumah rosak, dan memaksa 456 penduduk mencari perlindungan di tempat lain, kata pemangku Gabenor Jawa Barat, Encik Bey Triadi Machmudin, pada 1 Januari 2024.


Bercakap kepada wartawan tempatan selepas melawat Hospital Awam Sumedang, beliau berkata gempa bumi itu tidak menyebabkan sebarang kematian, sebaliknya menyebabkan 11 orang cedera.

Dua daripada mangsa yang cedera kini dirawat di dua buah hospital, manakala sembilan lagi sudah pulang ke rumah.

Memberi butiran mengenai rumah yang rosak, beliau berkata, 138 unit rumah mengalami kerosakan ringan, manakala 110 lagi rosak teruk dalam kejadian gempa itu.

Gempa bumi pada petang Ahad itu memaksa kakitangan perubatan di Hospital Awam Sumedang, memindahkan 108 pesakit ke halaman depan dan belakang hospital itu, kata Encik Machmuddin, dipetik akhbar Kompas.


Keselamatan semua pesakit adalah keutamaan, dan walaupun mereka telah dipindahkan dari bilik mereka, mereka menerima rawatan perubatan yang baik, tambahnya.

Pusat gempa bumi yang melanda Sumedang, terletak pada kedalaman lima kilometer (km).

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan, dua gempa susulan berlaku. Bagaimanapun, gempa susulan tidak menyebabkan sebarang kerosakan.

Menurut ketua Pusat Gempa dan Tsunami agensi itu, Encik Daryono, gempa berkekuatan 4.8 magnitud itu, adalah “gempa bumi kerak cetek,” yang dicetuskan oleh pergerakan di kawasan itu.

Sebelum ini, gempa bumi bermagnitud 4.5 pernah melanda daerah Sumedang pada 19 Disember 1972.

Gempa bumi cetek itu merosakkan banyak rumah dan mencetuskan tanah runtuh di kawasan kejiranan Cibunar, kata Encik Daryono.

Gempa bumi Sumedang menyebabkan bangunan rosak kerana pusat gempanya terletak pada kedalaman lima kilometer, jelasnya.

Gempa bumi kerap menggegarkan beberapa bahagian Indonesia, kerana negara itu terletak di Lingkaran Pasifik, juga dikenali sebagai Lingkaran Api, di mana beberapa plat tektonik bertemu dan menyebabkan aktiviti gunung berapi dan seismik kerap berlaku.

Pada 26 Disember 2004, Aceh, wilayah paling barat negara itu, mengalami gempa bumi paling dahsyat yang pernah direkodkan. Gempa itu bermagnitud 9.3 dan diikuti tsunami.

Bencana itu yang turut menjejaskan kawasan pantai tertentu di negara seperti Thailand, Sri Lanka dan India, dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 230 ribu orang di Aceh. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >