Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gempa kuat gegar tengah Myanmar, gegaran dirasa hingga ke Bangkok

Mar 28, 2025 | 3:40 PM
 Orang ramai berdiri di luar sebuah bangunan pejabat di Bangkok pada 28 Mac 2025 selepas berlaku gempa bumi. Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 melanda wilayah tengah Myanmar pada tarikh yang sama, dengan gegaran dirasai hingga ke selatan Thailand. Penduduk di ibu kota Bangkok dilihat lari keluar ke jalan raya apabila bangunan mula bergegar
 Orang ramai berdiri di luar sebuah bangunan pejabat di Bangkok pada 28 Mac 2025 selepas berlaku gempa bumi. Gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 melanda wilayah tengah Myanmar pada tarikh yang sama, dengan gegaran dirasai hingga ke selatan Thailand. Penduduk di ibu kota Bangkok dilihat lari keluar ke jalan raya apabila bangunan mula bergegar - Foto AFP

YANGON/BANGKOK: Satu gempa bumi kuat melanda wilayah tengah Myanmar pada 28 Mac, mengakibatkan gegaran dirasai sehingga ke Bangkok, Thailand. Kejadian itu mencetuskan suasana panik apabila ratusan penduduk ibu kota Thailand melarikan diri keluar dari bangunan.

Menurut laporan Perkhidmatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa tersebut direkodkan pada kekuatan 7.7 magnitud dengan kedalaman 10 kilometer. Pusat gempa terletak kira-kira 17.2 kilometer dari bandar Mandalay, yang mempunyai populasi sekitar 1.2 juta orang.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Myanmar berhubung kerosakan atau kecederaan yang berlaku akibat kejadian tersebut.

Saksi di Bangkok menyatakan bahawa gegaran kuat dirasai selama beberapa saat, menyebabkan orang ramai cemas dan bertempiaran lari keluar dari bangunan pejabat dan kediaman bertingkat.
“Saya sedang bekerja di tingkat 25 apabila bangunan mula bergegar. Semua orang menjerit dan kami segera menggunakan tangga kecemasan,” kata Pimchanok, seorang pekerja syarikat swasta yang ditemui di luar bangunan di kawasan Silom.

Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi video air kolam renang yang melimpah keluar akibat gegaran.

Pihak berkuasa di Thailand masih memantau perkembangan dan menasihatkan orang ramai agar kekal tenang serta mengikut arahan keselamatan yang dikeluarkan.
“Kami belum menerima laporan kerosakan struktur besar di Bangkok, tetapi pemantauan terus dijalankan,” kata seorang pegawai dari Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg