Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gempa magnitud 6.1, penduduk Sulawesi lari keluar rumah

Feb 26, 2025 | 1:44 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto REUTERS

JAKARTA: Penduduk berlari menyelamatkan diri susulan kejadian gempa bumi dengan magnitud 6.1 melanda kawasan berhampiran pulau Sulawesi, Indonesia, pada 26 Februari, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut USGS, gempa pada 6.55 pagi waktu tempatan itu meliputi radius 10 kilometer dengan pusat gempa di luar pesisir berhampiran wilayah Sulawesi Utara.

Agensi meteorologi Indonesia pula merekodkan magnitud lebih rendah, iaitu 6.0, dan mengesahkan tiada ancaman tsunami mahupun kerosakan atau korban jiwa dilaporkan.

Seorang pelancong, Cik Gita Waloni, 25 tahun, berkata ketika kejadian berlaku, beliau terjaga daripada tidur kerana gempa bumi itu berlaku amat kuat.

“Ia sangat kuat, bergoyang ke kiri dan kanan. Barang di dalam bilik saya bergegar. Saya terus keluar kerana bimbang berlaku gempa susulan ketika saya berada di dalam lif.

“Semua tetamu lain turut melarikan diri,” katanya yang menginap di sebuah hotel di daerah Minahasa Utara, lapor agensi berita, AFP.

Indonesia sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.

Pada Januari 2021, gempa bumi dengan magnitud 6.2 yang menggegarkan Sulawesi mengorbankan lebih 100 individu dan menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal.

Pada 2018, gempa bumi dengan magnitud 7.5 dan tsunami berikutnya berlaku di Palu dekat Sulawesi, membunuh lebih 2,200 individu.

Sementara itu pada 2004, gempa bumi bermagnitud 9.1 melanda wilayah Aceh, menyebabkan tsunami dan mengorbankan lebih 170,000 penduduk di Indonesia. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg