Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gencatan diteruskan atau kembali berperang?

Nov 29, 2023 | 12:35 PM



GAZA: Keputusan Israel dan Hamas untuk melanjutkan gencatan senjata singkat mereka di Gaza, telah mewujudkan faedah jangka pendek bagi kedua-dua pihak. Namun ia juga meningkatkan ketidakpastian tentang bagaimana, bila dan sama ada Israel akan meneruskan pencerobohannya ke atas Gaza.


Perjanjian itu, yang diumumkan oleh Qatar, untuk memanjangkan gencatan senjata kepada enam hari daripada empat hari, telah menimbulkan jangkaan bahawa kedua-dua pihak akan bersetuju dengan lanjutan yang lebih singkat.

Jika gencatan senjata itu berkuatkuasa lebih lama, akan ada tekanan luar yang lebih besar ke atas Israel, untuk menjadikannya kekal, dan tekanan dalaman yang lebih besar untuk menamatkannya, ujar penganalisis.

Sementara itu, sekumpulan 12 lagi tebusan dibebaskan pada Selasa, kata Israel, beberapa jam selepas setiap pihak menuduh pihak lain pada hari Selasa, melanggar gencatan senjata.

Inilah kali pertamanya, dakwaan sedemikian dibuat sejak perjanjian gencatan senjata sementara itu berkuat kuasa pada Jumaat.

Tentera Israel berkata bahan letupan diletupkan berhampiran tenteranya di dua tempat di utara Gaza, dan pihak militan itu juga melepaskan tembakan ke arah mereka di satu kawasan lain.

Hamas pula berkata pejuangnya telah terlibat dalam ‘pertempuran lapangan’ yang dicetuskan oleh Israel. Tetapi mereka tidak memberikan butiran tambahan.

Encik Anshel Pfeffer, pengulas politik akhbar Israel berhaluan kiri. Haaretz berkata bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberi isyarat bahawa ia akan menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata sementara itu.


Buat masa ini, tempoh singkat gencatan senjata itu, memberi kelebihan kepada Hamas dan Israel.

Hamas boleh memanjangkan kawalannya ke atas sebahagian besar Gaza, selepas diusir di bahagian utara wilayah itu sejak Israel menyerang lebih sebulan lalu.

Gencatan senjata yang lebih lama akan memberi lebih banyak masa kepada Hamas untuk menyusun semula strategi dan pasukannya.

Tambahan lagi, lebih banyak bantuan boleh disampaikan dari Mesir kepada 2.2 juta penduduk Gaza, yang kebanyakannya telah kehilangan tempat tinggal, mengalami kekurangan makanan dan bahan api yang teruk akibat serangan Israel.

Israel akan mengalu-alukan kembalinya lebih ramai daripada kira-kira 240 tebusan yang ditahan oleh Hamas dan sekutunya, pada permulaan perang pada 7 Oktober lalu.

Untuk setiap hari tambahan gencatan senjata, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bertukar kira-kira 10 orang Israel yang ditahan Hamas, untuk 30 rakyat Palestin yang dipenjarakan oleh Israel.

Kepulangan warga Israel yang hilang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah memberikan rangsangan besar kepada orang awam Israel, yang kebanyakannya mengikuti setiap pertukaran dengan teliti.

Tetapi semakin lama dinamik itu berlangsung, semakin besar teka-teki Israel.

Dengan setiap pembebasan tahanan yang dilakukan setiap hari, ia meningkatkan populariti Hamas di Tebing Barat yang diduduki Israel. Ramai rakyat Palestin yang dibebaskan telah kembali, dan Hamas serta kumpulan bersenjata lain melancarkan bantahan secara kecil-kecilan.

Tempoh gencatan senjata yang lama, memperlahankan momentum pencerobohan Israel, menggugat matlamatnya untuk menyingkirkan Hamas.

Malah, pegawai pentadbiran Presiden Joe Biden berkata mereka telah mendorong Israel untuk meningkatkan tindakan, apabila ia kembali melancarkan serangan, sedang masyarakat antarabangsa terus mengasak Israel supaya menghentikan serangannya sepenuhnya.

Paling penting, sebilangan rakyat Israel bimbang bahawa lanjutan gencatan senjata yang berpanjangan akan memberi Hamas terlalu banyak pengaruh ke atas keselamatan rakyat Israel, kata Encik Pfeffer.

Penahanan begitu ramai tebusan, termasuk seorang bayi berusia 9 bulan, menyebabkan ramai warga Israel trauma.

Proses pembebasan tebusan yang rumit, penuh dengan kelewatan dan perselisihan faham antara Hamas dengan Israel, telah memburukkan lagi keadaan orang-orang tebusan.

“Israel menghadapi dilema sebenar,” kata Encik Pfeffer. “Dengan setiap pembebasan tebusan, Hamas memegang cambuk ke atas emosi Israel.

“Akhirnya, Israel perlu memutuskan antara membebaskan lebih banyak tebusan, atau menghalang Hamas daripada menentukan mood negara itu.”

Beberapa penganalisis berkata tekanan domestik mungkin akan mendorong Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, untuk segera meneruskan serangan.

Penyambungan semula serangan yang ditangguhkan akan meletakkan Encik Netanyahu pada laluan pertembungan dengan menteri-menteri pemerintah sayap kanan yang dengan berat hati menyokong gencatan senjata, kerana mereka diberi jaminan bahawa pencerobohan itu akan berterusan selepas tempoh gencatan senjata yang singkat. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >