Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peranan Qatar sebagai pengantara perjanjian gencatan senjata

Sejak 1990-an dan pengambilalihan Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani sebagai pemimpin, Qatar telah meletakkan dirinya sebagai pengantara di Timur Tengah.
Dec 04, 2023 | 05:30 AM



Perhatian dunia tertumpu kepada Qatar, ketika pengantara di sana mengumumkan gencatan senjata selama empat hari, antara Israel dengan Hamas.

Jurucakap ehwal luar negaranya, Encik Majed al Ansari, mendedahkan butiran perjanjian itu, termasuk gencatan senjata sementara dan pembebasan beberapa tebusan Israel, sebagai pertukaran untuk orang-orang tahanan Palestin.

Bersama rakan sejawatan mereka dari Amerika Syarikat dan Mesir, Qatar telah berusaha sejak awal konflik untuk mendapatkan persetujuan antara kedua-dua pihak.

Berkawan dengan semua orang
dan rakan pihak yang tiada sesiapa ingin dekati

Sejak 1995 apabila Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani menjadi Amir, Qatar telah meletakkan dirinya sebagai pengantara di Timur Tengah.

“Peranan Qatar sebagai pengantara bukanlah baru,” kata Profesor Mahjoob Zweiri, pengarah Pusat Pengajian Teluk Universiti Qatar, memberitahu Sky News.


Qatar bersedia untuk bercakap dengan sesiapa sahaja, baik puak atau kumpulan militia, sedang Barat tidak bersedia untuk berbuat demikian.

Selama bertahun-tahun, kumpulan itu termasuk juga Taleban di Afghanistan, pemberontak Syria, Hamas, dan militan Palestin lain, seperti Jihad Islam.


Qatar juga mempunyai hubungan rapat dengan Iran, di mana kedua-duanya berkongsi medan gas asli bernilai berbilion dolar.

Sejak beberapa dekad lalu, hubungan ini telah membolehkan Qatar memudahkan perjanjian antara Amerika, Eropah dengan Israel – dan kumpulan tersebut – memperoleh sedikit pengaruh di kedua-dua pihak.

“Ciri penentu dasar luar Qatar, ialah kepentingan diri yang pragmatik,” kata Dr Melanie Garson, profesor bersekutu dalam keselamatan antarabangsa dan penyelesaian konflik di University College London.

“Ia adalah rakan kepada semua orang – juga rakan kepada pihak yang tiada ada sesiapa ingin dekati.”

Hubungan dengan Hamas

Seperti kebanyakan negara majoriti Islam, Qatar mempunyai hubungan yang lama dengan Palestin dan menyokong penyelesaian dua negara.

Pada 2012 bekas Amir Sheikh Hamad, menjadi pemimpin Arab pertama melawat Gaza dalam beberapa tahun.

Qatar memberi Hamas sekitar £1 bilion ($1.68 bilion) setahun, dan menjadi tuan rumah biro politiknya di Doha, dengan beberapa pemimpin buangan berpangkalan di sana.

Walaupun ia adalah negara Teluk pertama yang menjalin hubungan dengan Israel pada 1996, Qatar memutuskan hubungan sekali lagi pada 2009, berikutan apa yang disebut Israel sebagai ‘Operation Cast Lead’ dan Palestin menyifatkannya sebagai Pembunuhan Beramai-ramai di Gaza.

Qatar juga bukan sebahagian daripada Perjanjian Abraham 2020, yang menyaksikan negara Arab seperti Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, memulihkan hubungan dengan Israel.

“Dari semua negara Teluk, Qatar adalah yang paling kurang mesra terhadap Israel, kerana ia terletak di luar paksi Perjanjian Abraham,” kata Dr Garson.

“Jadi ia mungkin satu-satunya tempat Hamas boleh duduk dengan selesa dengan tahap perwakilan itu.”

Walaupun tiada hubungan diplomatik rasmi, terdapat “aturan” untuk membantu rakyat Palestin di Gaza antara Qatar dengan Israel, dibantu oleh Amerika, kata Profesor Zweiri.

“Anda tidak boleh mengadakan rundingan seperti yang kita lihat pada masa ini, tanpa Israel di meja,” tambah Dr Garson.

“Jadi mereka terpaksa mempunyai pendekatan pragmatik, untuk menyertakan mereka dalam rundingan.”

Ini telah membolehkan Doha menjadi pengantara dalam kedua-dua konflik semasa dan konflik pada 2014.

Hubungan strategik dengan Amerika

Amerika dan negara-negara Barat lain, telah meraih manfaat daripada bantuan Qatar dalam merundingkan perjanjian dengan kuasa yang mereka lihat sebagai jahat.

Semasa perang saudara Syria pada 2017, Qatar membantu merundingkan pembebasan tebusan yang ditahan di Iraq, sebahagian daripadanya termasuk ahli keluarga pemerintah Qatar.

Pada 2019 ia mempengerusikan rundingan yang membawa kepada pembebasan dua tebusan Barat, yang ditahan oleh Taleban di Afghanistan.

Baru-baru ini, Qatar memainkan peranan penting dalam memindahkan beribu-ribu orang, apabila Taleban mengambil alih kuasa semula pada 2021, dan 2023 ini, ia telah mengusahakan pertukaran tahanan antara Amerika dengan Iran.

Qatar juga merupakan rumah kepada pangkalan tentera terbesar Amerika di Timur Tengah.

Ini bermakna rakyat Amerika “menjalankan kegiatan kepentingan diri mereka sendiri” di negara itu, kata Dr Garson.

Apakah pula yang difikirkan
oleh negara lain di seluruh dunia

Profesor Zweiri berkata, negara-negara Barat melihat Qatar sebagai “pemain yang boleh dipercayai”, yang memahami kedua-dua kewajipan antarabangsa dan politik di rantau.

Beliau menambah bahawa matlamat utamanya adalah gencatan senjata di Gaza, mengelakkan “radikalisasi generasi baru” di sana, dan kestabilan serantau secara keseluruhan.

Tetapi Dr Garson lebih skeptikal, dan berkata: “Qatar mempunyai saluran pembiayaan yang jelas kepada Hamas dan Hamas secara objektif telah melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan.

“Jadi ia mungkin cuba untuk menegaskan semula pengaruhnya ke atas Hamas, untuk mencuba dan menjauhkan diri daripada – apa yang boleh dilihat sebagai – bersubahat dalam menyemarakkan jentera perang yang membawa kepada persetujuan gencatan senjata sementara ini.

“Realitinya ini bukan rundingan yang sepatutnya berlaku. Seharusnya terdapat permintaan antarabangsa yang tidak berbelah-bahagi untuk pembebasan tebusan tanpa syarat.

“Jadi saya rasa mana-mana diplomat berpengalaman atau pakar dasar luar, boleh melihat perkara ini.

“Ini adalah rundingan yang menjijikkan, tetapi dalam kedudukan itu Barat perlu menerima mana-mana ejen yang boleh membantu.

“Israel terpaksa mempunyai pragmatisme yang sama – jika ini adalah kunci untuk mengharunginya dengan lebih cepat, masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >