Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liga Islam Sedunia desak segera hentikan perang di Gaza

Nov 28, 2023 | 2:50 PM
SIDANG PERPADUAN ISLAM: Setiausaha Liga Islam Sedunia, Dr Mohammed bin Abdul Karim al Issa, Sidang Puncak Pihak Berkuasa Agama Antarabangsa R20, di Jakarta menyeru dunia supaya bersatu padu bagi menghentikan keganasan dan peperangan, terutama yang sedang berlaku sekarang di Gaza.
SIDANG PERPADUAN ISLAM: Setiausaha Liga Islam Sedunia, Dr Mohammed bin Abdul Karim al Issa, Sidang Puncak Pihak Berkuasa Agama Antarabangsa R20, di Jakarta menyeru dunia supaya bersatu padu bagi menghentikan keganasan dan peperangan, terutama yang sedang berlaku sekarang di Gaza. - Foto FACEBOOK Nahdlatul Ulama

JAKARTA: Pertubuhan Liga Islam Sedunia (MWL) menyeru agar perpaduan di kalangan semua negara dan pertubuhan di dunia dalam usaha menghentikan keganasan terutama yang berlaku di Gaza, Palestin.

“Kami menyeru negara dan organisasi untuk bersatu dalam bekerja keras untuk menghentikan semua peperangan,” kata Setiausaha Agung MWL, Sheikh Muhammad bin Abdul Karim al-Issa, pada Sidang Puncak Pihak Berkuasa Agama Antarabangsa R20, di Jakarta, pada Isnin.

Sheikh al-Issa menegaskan bahawa gesaan itu khusus bertujuan menghentikan peperangan yang berlaku di Gaza, Palestin.

Beliau turut menggariskan keperluan semua pihak, mencari penyelesaian yang mampan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Sheikh al-Issa menegaskan bahawa peperangan menyebabkan ratusan juta orang terkorban dan hanya membawa kehancuran serta kemusnahan kehidupan.

Menurut Sheikh al-Issa, pembentukan pertubuhan antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua merupakan usaha yang serius untuk mengurangkan peperangan.

Beliau berkata, malangnya ini tidak disusuli secara serius sambil berkata konflik yang berlaku di Palestin adalah bukti kelemahan itu.

Justeru, beliau menegaskan akhlak perlu menjadi asas kepada agama untuk menjalani kehidupan di dunia.

Sheikh al-Issa menyeru semua pihak mencari penyelesaian yang mampan bagi menyelesaikan konflik dengan melaksanakan semua resolusi dan piagam antarabangsa secara adil.

Sementara itu, Pengerusi Badan Eksekutif Nahdlatul Ulama (PBNU), Kiyai Haji Yahya Cholil Staquf, dalam ucapannya menyatakan bahawa pelaksanaan R20 ISORA adalah kesepakatan antara tokoh agama dunia.

“Pemimpin agama bersetuju untuk mengadakan forum ini, dan ia dianjurkan oleh NU,” katanya, dipetik agensi berita rasmi, Antara.

Forum R20 ISORA yang diadakan oleh PBNU mengangkat tema Peranan Agama dalam Mengatasi Keganasan di Timur Tengah dan Ancaman Terhadap Perintah Antarabangsa Berasaskan Peraturan.

Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo bagi Indonesia; Menteri Luar Negeri, Cik Retno Marsudi; Menteri Agama, Encik Yaqut Cholil Qoumas; serta sekitar 40 tokoh agama dari seluruh dunia antara yang turut menghadiri forum antarabangsa itu. Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg