Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gencatan senjata empat hari bermula, tanpa pertempuran di Gaza

Nov 24, 2023 | 6:13 PM
GEMBIRA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN: Berpuluh-puluh ribu penduduk Palestin yang mendapatkan perlindungan di kem-kem pelarian dan hospital-hospital, kembali ke rumah masing-masing di Khan Yunis, selatan Gaza, sejurus gencatan senjata dilaksanakan pada Jumaat.
GEMBIRA PULANG KE KAMPUNG HALAMAN: Berpuluh-puluh ribu penduduk Palestin yang mendapatkan perlindungan di kem-kem pelarian dan hospital-hospital, kembali ke rumah masing-masing di Khan Yunis, selatan Gaza, sejurus gencatan senjata dilaksanakan pada Jumaat. - Foto AFP

SEMPADAN GAZA-ISRAEL: Israel dan Hamas memulakan gencatan senjata di Gaza pada Jumaat tanpa sebarang laporan besar mengenai pengeboman, serangan artileri atau serangan roket, walaupun kedua-dua pihak dituduh melakukan pelanggaran.

Gencatan sementara yang pertama dalam perang selama 48 hari, bermula pada 7 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Singapura), menyaksikan pembebasan 13 tebusan wanita dan kanak-kanak Israel oleh kumpulan Hamas di Gaza dan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah Palestin.

Sekitar 150 tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel juga dijangka dibebaskan sebagai pertukaran.

Wartawan yang membuat liputan berhampiran bahagian utara Gaza tidak mendengar kegiatan tentera udara Israel di ruang udara kawasan itu atau pelancaran roket oleh Hamas.

Saluran televisyen, TV Al-Mayadeen Lebanon juga melaporkan bahawa tiada dentuman pengeboman kedengaran di Gaza sejak permulaan gencatan senjata.

Tetapi ia berkata tentera Israel menghalang penduduk daripada pulang ke rumah mereka di bahagian utara Gaza.

Askar Israel melepaskan tembakan dalam satu kejadian, kata Al-Jazeera, tetapi tiada laporan mengenai korban jiwa.

Tiada komen segera daripada tentera Israel yang sebelum ini menyeru rakyat Palestin supaya menjauhi utara Jaluran Gaza yang disifatkannya sebagai “zon perang”.

Seorang wartawan Reuters melihat berpuluh-puluh kenderaan tentera Israel, termasuk kereta kebal, bergerak menjauhi Jaluran Gaza. Beberapa askar dalam kereta berperisai berkata mereka telah diarahkan keluar dari wilayah Palestin itu.

Di bandar Khan Younis di selatan Gaza, jalan raya dipenuhi orang ramai yang bergerak pulang ke tempat asal dari kem-kem pelarian.

Di Tebing Barat – tempat tahanan Palestin yang bakal dibebaskan Israel – kaum keluarga tahanan sibuk membuat persiapan menanti kepulangan mereka. Begitu juga di Israel.

Seperti yang termaktub dalam perjanjian yang dipersetujui pada Rabu, 200 lori bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk Gaza melalui lintasan Rafah di Mesir dan tebusan pertama termasuk wanita warga emas dan kanak-kanak dibebaskan pada 4 petang.

Kesemuanya 50 tebusan akan dibebaskan dalam tempoh gencatan empat hari.

Hamas mengesahkan di saluran Telegramnya bahawa semua permusuhan daripada pasukannya akan berhenti. Tentera Israel juga berkata pertempuran akan disambung semula tidak lama lagi.

“Kita semua berharap bahawa gencatan senjata ini akan membawa kepada peluang memulakan usaha yang lebih luas untuk mencapai gencatan senjata berkekalan,” kata Encik Majed Al-Ansari, jurucakap Kementerian Luar Qatar. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg