Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gencatan senjata Gaza segera antara agenda Harris

Aug 23, 2024 | 2:19 PM
Konvensyen Nasional Demokrat berhadapan bantahan pro-Palestin yang diadakan setiap hari di Chicago. Berpuluh-puluh tangkapan dibuat sepanjang minggu.
Konvensyen Nasional Demokrat berhadapan bantahan pro-Palestin yang diadakan setiap hari di Chicago. Berpuluh-puluh tangkapan dibuat sepanjang minggu. - Foto REUTERS

CHICAGO: Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, yang juga calon Parti Demokrat bagi jawatan presiden, telah membentangkan sebahagian daripada agendanya semasa ucapan di Konvensyen Nasional Demokrat.

Beliau berjanji akan melaksana pemotongan cukai kelas pertengahan, menyokong Ukraine dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), serta mendesak gencatan senjata dalam perang Israel di Gaza.

Cik Harris menyeru dilaksana segera gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan di Gaza, sambil menegaskan sokongannya kepada hak Israel mempertahankan diri serta hak rakyat Palestin menentukan sendiri nasib mereka.

“Saya akan sentiasa berdiri teguh menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri,” kata Harris.

Beliau menambah: “Apa yang berlaku di Gaza sepanjang 10 bulan lepas amat menyayat hati. Begitu banyak nyawa tidak berdosa terkorban, dan begitu ramai orang terpaksa melarikan diri demi keselamatan. Skala penderitaan ini sangat memilukan.”

Perwakilan Islam dan sekutu mereka mendesak slot ucapan waktu perdana Cik Harris untuk menyertakan isu perang Israel-Palestin, yang bermula pada 7 Oktober apabila Hamas menyerang selatan Israel, membunuh kira-kira 1,200 orang dan menawan 240 sebagai tebusan.

Serangan balas dan berterusan Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih 40,000 orang dan hampir memusnahkan sepenuhnya wilayah Palestin itu serta menyebabkan krisis kelaparan yang berlarutan.

Penyokong pro-Palestin berikrar akan terus menekan Cik Harris untuk mengubah haluan mengenai penjualan senjata Amerika kepada Israel.

Penyokong Demokrat bimbang perang Gaza boleh menjejas sokongan buat Cik Harris terutama di bandar seperti Michigan, yang ramai penduduk Arab Amerika dan kampus pusat pengajian tinggi yang pernah terlibat dalam bantahan Gaza.

Konvensyen itu diadakan di Chicago, rumah masyarakat Palestin terbesar di Amerika, menurut Institut Arab Amerika.

Ia berdepan bantahan pro-Palestin yang diadakan setiap hari di Chicago. Berpuluh-puluh tangkapan dibuat sepanjang minggu itu.

Beberapa penunjuk perasaan berkata keputusan mereka sama ada akan mengundi Cik Harris bergantung berapa cepat gencatan senjata dicapai di Gaza dan sama ada beliau menyokong sekatan senjata ke atas Israel. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg