Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribuan protes perang Gaza di Konvensyen Demokrat

Aug 20, 2024 | 11:57 AM
Penunjuk perasaan berhimpun beramai-ramai di luar Konvensyen Nasional Demokrat di United Centre, Chicago, pada 19 Ogos bagi menyokong nasib rakyat Palestin di Gaza.
Penunjuk perasaan berhimpun beramai-ramai di luar Konvensyen Nasional Demokrat di United Centre, Chicago, pada 19 Ogos bagi menyokong nasib rakyat Palestin di Gaza. - Foto REUTERS

CHICAGO: Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di Chicago pada 19 Ogos ketika berlangsungnya Konvensyen Nasional Demokrat – ujian awal langkah keselamatan bandar itu dan percubaan Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, untuk menunjukkan perpaduan dalam parti.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, juga hadir untuk mengukuhkan sokongan terhadap Parti Demokrat yang dipimpin Cik Harris dalam menentang ketua Parti Republikan, Encik Donald Trump.

Para penunjuk perasaan yang berhimpun di taman berdekatan cuba memberi tekanan kepada para perwakilan supaya menggugurkan sokongan ketenteraan parti itu terhadap serangan Israel di Gaza.

Sambil memegang sepanduk dan bendera dalam perarakan di United Center, tempat konvensyen itu diadakan, mereka menuntut gencatan senjata dalam perang Israel-Hamas.

Ketika kumpulan yang lebih besar berarak secara aman, beberapa dozen daripada penunjuk perasaan telah merobohkan pagar keselamatan.

Beberapa penunjuk perasaan yang telah berjaya melepasi pagar pula telah ditahan polis yang memakai topeng gas.

Pihak berkuasa berkata pagar keselamatan dalaman yang mengelilingi bangunan konvensyen itu tidak terjejas dan sekali gus tidak menimbulkan ancaman kepada peserta konvensyen.

Superintendan Polis Chicago, Encik Larry Snelling, berkata beberapa penunjuk perasaan yang merobohkan pagar telah melemparkan botol air dan barangan lain ke arah polis.

Namun, polis berjaya meredakan keadaan tanpa menggunakan belantan atau bahan kimia, katanya.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja yang merosakkan harta benda di bandar kami,” tambahnya.

“Biden, kamu tidak boleh bersembunyi. Kami akan mendakwa kamu di atas pembunuhan beramai-ramai,” kata seorang peserta yang menyertai protes itu.

Seorang lagi peserta, Encik Cameron Benrud, 25 tahun, menyeru pegawai Demokrat supaya menghentikan pembiayaan kepada Israel.

Penganjur berharap sekurang-kurangnya 20,000 orang akan mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan tersebut tetapi hanya beberapa ribu yang hadir. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg