Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KITAR SEMULA DI SINGAPURA

Gerak hati libat bersihkan pantai selepas pengalaman lihat sampah bersepah

May 20, 2023 | 05:30 AM



BAK pepatah, tak kenal maka tak cinta.



Encik Yasser Amin tidak pernah berpeluang untuk mendekati diri kepada pemeliharaan alam sekitar.



Namun, pengalaman melihat keadaan sampah yang bersepah di tepi Pantai Changi membuka hatinya untuk melakukan perubahan dan terlibat sama.



Ini mendorong beliau untuk menganjurkan usaha membersihkan pantai-pantai di Singapura sendiri.



Inisiatif itu telah diusahakan sejak 2020 dan diadakan seminggu sekali.



Seramai 20 orang kini menyertainya.



"Saya terkejut apabila melihat banyak sampah di pantai dan ini membuat saya tergerak hati untuk melakukan sesuatu...Menggunakan wadah Telegram, saya berkongsi usaha membersihkan pantai saya dan ia mendapat sambutan baik," kata Encik Yasser, 26 tahun, kepada Berita Harian (BH).



Menerusi pengalamannya, Encik Yasser menambah kesedaran orang ramai mengenai pentingnya pemeliharaan alam sekitar kurang dan hanya wujud apabila keadaannya menjadi teruk.



"Orang ramai akan hanya berasa semangat untuk melakukan sesuatu dalam memelihara alam sekitar selepas melihatnya dengan dua mata mereka sendiri," kata mahasiswa separuh masa di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) itu.



Sejak itu, minat Encik Yasser dalam pemeliharaan alam sekitar berkembang.



Beliau kini menggalas tugas ketua pegawai sebuah pertubuhan bukan untung yang mempromosikan usaha kemampanan alam sekitar, Stridy.



Pertubuhan itu juga telah membangunkan sebuah aplikasi yang bertujuan untuk mengesan jumlah keseluruhan sampah yang dikutip.



"Usaha saya dalam pemeliharaan alam sekitar lebih berkesan dengan adanya Stridy. Ini menjadikan inisiatif membersihkan pantai saya daripada hanya sebuah kegiatan yang secara sukarela kepada yang lebih ketara," jelasnya.



Selain itu, Stridy juga memberikan Encik Yasser platform untuk berjumpa dengan aktivis lain yang berfikiran sama.



"Apa yang saya suka mengenai pengalaman ini adalah peluang untuk bertemu dan mendekatkan diri dengan orang lain." tambahnya.



Encik Yasser telah berkhidmat bersama Stridy sejak Januari 2022.



Ditanya pula mengenai usaha pemerintah bagi memupuk tabiat memelihara alam sekitar dalam kalangan warga Singapura, Encik Yasser berkata bahawa sudah ada pelbagai usaha yang disediakan.



Tetapi, ia terpulang pada individu sendiri untuk mendakapnya.



"Pemerintah sudah pun menyediakan banyak informasi atas perkara ini, sebagai contoh, kod QR yang diadakan di belakang Bloobox, sebuah kotak kitar semula yang diberi secara percuma kepada keluarga-keluarga di Singapura, mengandungi sebuah PDF bermuka surat dengan informasi atas proses kitar semula," kata beliau.




"Saya terkejut apabila melihat banyak sampah di pantai dan ini membuat saya tergerak hati untuk melakukan sesuatu...Menggunakan wadah Telegram, saya berkongsi usaha membersihkan pantai saya dan ia mendapat sambutan baik.

Orang ramai akan hanya berasa semangat untuk melakukan sesuatu dalam memelihara alam sekitar selepas melihatnya dengan dua mata mereka sendiri."

- Encik Yasser Amin, aktivis alam sekitar dan ketua pegawai, pertubuhan Stridy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >