Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hamas pertahan serangan terhadap Israel tapi akui ‘kesalahan’

Jan 22, 2024 | 01:03 PM



GAZA: Kumpulan Hamas mempertahankan serangan mereka di selatan Israel pada 7 Oktober tetapi dalam masa yang sama, mengakui “kesalahan” dan menggesa agar ditamatkan “pencerobohan Israel” di Gaza, yang kini telah mengorbankan lebih 25,000 nyawa.


Gaza Selatan adalah tumpuan terbaru pertempuran Israel untuk memusnahkan kumpulan militan yang bertanggungjawab bagi serangan paling maut dalam sejarah negara itu.


Dalam laporan awam pertamanya mengenai serangan yang mencetuskan perang, Hamas berkata pada 21 Januari bahawa ia adalah “langkah yang perlu” bagi menentang pendudukan Israel di wilayah Palestin, dan satu cara untuk membebaskan tahanan Palestin.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, kemudiannya berikrar “kemenangan sepenuhnya” dan berkata pemerintahnya tidak akan menerima syarat Hamas untuk membebaskan tebusannya yang masih ditahan di Gaza.

Laporan 16 muka surat Hamas itu mengakui “beberapa kesilapan berlaku... disebabkan keruntuhan pesat sistem keselamatan dan ketenteraan Israel, dan kekacauan yang berlaku di sepanjang kawasan sempadan”.

Dalam laporan bertajuk ‘Naratif Kami’, Hamas yang mentadbir Gaza berkata pihaknya mahu menjelaskan latar belakang dan kedinamikan serangan mengejut yang dipanggil ‘Operasi Taufan Al-Aqsa’.

Laporan itu turut menyebut, mengikut perancangan Hamas, pihaknya menyasarkan tapak tentera Israel dan untuk menahan tentera Zionis.

Peperangan meletus apabila lelaki bersenjata dari kumpulan itu memecah sempadan Gaza untuk menyerang warga Israel dan warga asing di jalanan, di rumah mereka dan di pesta sambutan.

Serangan Hamas itu telah membunuh sekitar 1,200 orang dan 240 yang lain ditahan sebagai tebusan.

Perbuatan keganasan seksual dilaporkan berlaku tetapi kekurangan keterangan mangsa yang terselamat dan kekurangan bukti forensik menyukarkan siasatan untuk menilai skala kes tersebut.

Dalam pada itu, tentera Israel mengumumkan kematian seorang lagi askarnya yang ditahan dalam serangan 7 Oktober dan berkata mayatnya masih kekal berada di Gaza.


Ini menjadikan 28 orang tawanan mati ketika ditahan di wilayah Palestin, menurut pengiraan AFP berdasarkan data Israel.


Hamas – dianggap sebagai kumpulan “pengganas” oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah – menyatakan dalam laporan itu bahawa anggotanya komited kepada “nilai Islam”.

Ia juga menyatakan jika orang awam menjadi sasaran, “ia berlaku secara tidak sengaja dan semasa konfrontasi dengan tentera Israel”.

Ia menyeru agar Israel “bertanggungjawab secara sah” atas penderitaan rakyat Palestin dan menggesa “tekanan popular di seluruh dunia sehingga menamatkan pendudukan”.

Sebagai tindak balas kepada serangan Hamas itu, Israel melancarkan pengeboman dan serangan darat berterusan yang telah membunuh sekurang-kurangnya 25,105 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas.

Encik Netanyahu berada di bawah tekanan kuat untuk mengembalikan tebusan dan menjelaskan kegagalan sistem keselamatan ketika serangan Hamas berlaku pada 7 Oktober. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >