Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Netanyahu tolak syarat Hamas untuk tamatkan perang

Jan 22, 2024 | 02:59 PM



BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak syarat yang dikemukakan Hamas untuk menamatkan perang dan membebaskan tebusan serta pengunduran sepenuhnya Israel dan membiarkan Hamas berkuasa di Gaza.


Ketika pesawat Israel meneruskan pengeboman di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, pegawai kanan Hamas Encik Sami Abu Zuhri memberitahu Reuters keengganan pemimpin Israel itu menamatkan serangan tentera di Gaza “bermakna tiada peluang untuk mengembalikan tawanan (Israel).”


“Sebagai pertukaran untuk pembebasan tebusan kami, Hamas menuntut tamatnya perang, penarikan pasukan kami dari Gaza, pembebasan semua pembunuh dan perogol,” kata Encik Netanyahu dalam satu kenyataan sambil menyatakan beliau menolak syarat yang Hamas tetapkan itu.

Di bawah perjanjian yang diuruskan pada akhir November oleh Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir, lebih 100 daripada sekitar 240 tebusan yang ditawan di Israel semasa serangan militan Hamas pada 7 Oktober, telah dibebaskan sebagai pertukaran untuk pembebasan 240 rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Sejak perjanjian itu berakhir, Encik Netanyahu menghadapi tekanan yang semakin meningkat untuk mendapatkan pembebasan 136 tebusan yang masih ditahan Hamas.

Forum Keluarga Tebusan dan Orang Hilang menuntut dalam satu kenyataan bahawa Encik Netanyahu “dengan jelas menyatakan bahawa kami tidak akan meninggalkan orang awam, tentera, dan orang lain yang ditawan dalam serangan Hamas pada Oktober”.

“Kita mesti memajukan perjanjian itu sekarang. Jika perdana menteri memutuskan untuk mengorbankan tebusan, beliau harus menunjukkan kepimpinan dan jujur berkongsi kedudukannya dengan orang awam Israel.”

Saudara mara tebusan yang mengadakan bantahan di luar kediaman Encik Netanyahu menuntut tindakan segera dilakukan.

“Kami perlukan pemerintah menyelesaikan masalah yang mereka timbulkan dan membawa pulang tebusan dengan segera,” kata Encik Jon Polin, bapa kepada tebusan bernama Hersh Goldberg-Polin.

Encik Netanyahu mengambil sikap lebih keras dalam isu kenegaraan Palestin berbanding sebelum ini.

“Saya tidak akan berkompromi dengan kawalan keselamatan penuh Israel ke atas semua wilayah di barat Sungai Jordan,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, pada 19 Januari berkata bahawa beliau telah bercakap dengan Encik Netanyahu mengenai kemungkinan penyelesaian untuk mewujudkan negara Palestin yang merdeka, mencadangkan satu laluan yang boleh melibatkan pemerintah bukan tentera.

Namun Encik Netanyahu menolak kenyataan Encik Biden mengenai kenegaraan Palestin selepas perang menentang Hamas di Gaza berakhir.

Dalam kenyataan pada 21 Januari, Encik Netanyahu mengulangi beliau akan mendesak “kawalan keselamatan penuh Israel ke atas semua wilayah barat Jordan.”

Encik Netanyahu berkata bahawa beliau hadapi tekanan antarabangsa dan dalaman untuk mengubah kedudukan itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >