Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gibran tolak dakwaan langgar aturan badan pemantau pilihan raya Indonesia

Jan 04, 2024 | 03:16 PM



JAKARTA: Calon Naib Presiden, Encik Gibran Rakabuming Raka, tampil memberi keterangan kepada Badan Pengawas Pilihan Raya Umum (Bawaslu) selepas beliau didakwa melanggar peraturan kempen mengagihkan susu percuma ketika acara hari tanpa kenderaan pada Disember.


Encik Gibran, 36 tahun, yang bergandingan dengan calon Presiden, Encik Prabowo Subianto pada Pilihan Raya Presiden memberitahu pemberita selepas disoal oleh Bawaslu pada 3 Januari bahawa penampilannya di acara di Jakarta itu bukanlah promosi kempen pilihan raya.

“Kami sudah menjelaskan bahawa pada 3 Disember tidak ada aktiviti parti politik di CFD (Hari Bebas Kenderaan) Jakarta sama sekali,” kata Encik Gibran kepada wartawan di pejabat Bawaslu.

Encik Gibran turut mengesahkan tiada bukti terkini yang didakwa Bawaslu berhubung dakwaan pelanggaran kegiatan pengedaran susu di kawasan CFD.

“Tiada dakwaan baru, sudah dijelaskan langsung tidak ada aktiviti politik,” katanya.

Pasukan kempen Prabowo-Gibran menegaskan bahawa Encik Gibran tidak melakukan pelanggaran terkait dengan aturan Bawaslu tersebut.

Namun seorang timbalan di pasukan kempen Prabowo, Encik Afriansyah Noor, pula berkata pasukannya akan menghormati keputusan badan itu jika dakwaan mereka terbukti betul, sambil menambah tidak tahu bahawa perbuatan sedemikian satu pelanggaran.

Encik Christian Nelson Pangkey, Ketua Bawaslu Jakarta Pusat, menyatakan bahawa kejadian tersebut bukan merupakan pelanggaran aturan pilihan raya.

Namun, Encik Christian juga menyebut bahawa pihaknya akan mempertimbangkan kemungkinan pelanggaran terhadap peraturan lain.

Encik Gibran didakwa membabitkan kanak-kanak dalam kempen Pilihan Raya Presiden 2024.

Beliau dilihat mengajak kanak-kanak menyertainya di pentas kempennya, dan memberi mereka buku dan susu di Penjaringan, Jakarta Utara, pada 3 Disember.

“Kami perlu mendapatkan penjelasan daripada Gibran. Kami mahu pastikan sama ada ia (dakwaan) betul atau tidak,” kata Encik Christian kepada pemberita.

Peraturan Gabenor Jakarta pada 2016 melarang sebarang ‘acara untuk kepentingan parti politik’ pada Hari Bebas Kenderaan.

Bawaslu tidak mempunyai kuasa untuk menghukum Encik Gibran dan masih tidak jelas sama ada pihak berkuasa bandar raya itu akan mengenakan sebarang bentuk hukuman.

Pencalonan putera sulung Presiden, Encik Joko Widodo yang digelar ‘baby nepo’ oleh media asing terus dihimpit kontroversi setelah Mahkamah Perlembagaan membatalkan had umur pada Oktober, sekali gus membuka jalan untuk beliau bertanding.

Ketika ini, Encik Prabowo yang menjadi calon Pilihan Raya Presiden dikatakan mendahului pesaingnya manakala populariti Encik Anies Baswedan terus mengatasi Encik Ganjar Pranowo berdasarkan kaji selidik pada Disember.

Biarpun Encik Prabowo masih mendahului pesaingnya setakat ini, terdapat peningkatan dalam populariti Encik Anies, dengan dua tinjauan oleh Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa serta akhbar Kompas pada Disember, menunjukkan beliau sudah mengatasi Encik Ganjar. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >