Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Golkar mahuRidwan Kamiljadi calon gabenor,bukan naib presiden

Sep 12, 2023 | 03:37 PM



JAKARTA: Parti Golkar pada Isnin menyatakan hasrat mereka mencalonkan mantan gabenor Jawa Barat, Encik Ridwan Kamil (RK), bagi pemilihan gabenor akan datang sama ada di Jawa Barat atau Jakarta, di tengah-tengah spekulasi bahawa beliau mungkin dinamakan sebagai pasangan calon dalam pemilihan presiden 2024.


Timbalan pengerusi Parti Golkar, Encik Ahmad Doli Kurnia, berkata tidak ada rancangan untuk menggandingkan Encik Ridwan dengan calon presiden, Encik Prabowo Subianto, yang mendapat sokongan daripada gabungan yang merangkumi Golkar.

“Kami mempunyai rancangan khusus untuk RK, dan itu adalah untuk beliau bertanding jawatan gabenor.

“Beliau mempunyai pilihan untuk bertanding semula di Jawa Barat atau bertanding di Jakarta,” kata Encik Doli kepada pemberita di bangunan parlimen di Jakarta, merujuk kepada Encik Ridwan dengan menyebut huruf awal namanya.

Encik Doli menegaskan bahawa semasa kongres nasional Golkar sebelum ini, pengerusi parti itu, Encik Airlangga Hartarto, dinamakan sebagai calon sama ada jawatan presiden atau naib presiden pada pilihan raya 2024.

Beliau berkata tiada sebarang perubahan dibuat terhadap pencalonan itu. Sebarang pindaan berhubung calon presiden atau naib presiden hanya boleh dibuat oleh Encik Airlangga sendiri.

“Semasa kongres itu, Encik Airlangga diberi mandat penuh untuk memutuskan calon presiden kami,” kata Encik Doli.

Beliau berkata untuk menerima sokongan parti sebagai calon naib presiden, Encik Ridwan, yang menyertai Golkar awal tahun ini, memerlukan kelulusan Encik Airlangga.

Encik Ridwan antara segelintir orang yang sedang dipertimbangkan oleh Encik Prabowo sebagai pasangannya bagi pemilihan presiden akan datang, menurut seorang eksekutif Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra).

Beliau, yang baru-baru ini bersara daripada jawatan gabenor, secara konsisten berada di antara tiga calon naib presiden teratas dalam senarai pemilihan.

Pendedahan itu dibuat semasa perhimpunan pemimpin parti pada majlis penyatuan Gerindra di Jawa Barat Ahad lalu.

“Ridwan Kamil adalah seorang yang mempunyai reputasi yang baik, terutamanya semasa beliau memegang jawatan gabenor Jawa Barat, dan Encik Prabowo menganggap beliau sebagai pasangan calon,” kata Encik Ahmad Muzani, setiausaha agung Gerindra.

Bagaimanapun, Encik Prabowo akan memerlukan kelulusan daripada pemimpin parti dalam gabungan itu, termasuk Gerindra, Parti Golkar, Parti Amanat Nasional (PAN), dan Parti Bulan Sabit (PBB), untuk mencalonkan Encik Ridwan secara rasmi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >