Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Greece diancam kebakaran hutan, 18 mayat ditemui dalam keadaan rentung

Aug 23, 2023 | 12:22 PM



ATHENS: Pasukan bomba telah menemui 18 mayat yang rentung, dipercayai pendatang asing tanpa izin pada Rabu di kawasan luar bandar di utara Greece.


Ini sedang negara itu diancam kebakaran hutan yang kini sudah mula merebak ke beberapa pinggir bandar di utara Athens

“Kerana tidak ada laporan hilangnya penduduk dari kawasan ini, terdapat kemungkinan besar bahawa mereka adalah imigran dan kini dalam proses penyiasatan.

“Pencarian di seluruh kawasan di mana kebakaran berlaku sedang dilakukan,” ujar pihak bomba dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, berpuluh-puluh pesakit di hospital, termasuk bayi baru lahir, telah dipindahkan ke sebuah feri ketika ratusan anggota pasukan bomba berusaha keras mengawal kebakaran yang berlaku selama empat hari berdekatan Alexandroupolis.

Kebakaran itu merebak dengan cepat disebabkan oleh angin kencang.

Ia mengakibatkan kepulan asap yang tinggi menebat ke udara dan menjadikan langit ibarat lautan merah. Kebakaran juga telah dilaporkan berlaku pada Rabu berhampiran ibu kota Athens, di pinggir bandar di kaki bukit Gunung Parnitha, dan mengancam kediaman.

Jurucakap Perkhidmatan Bomba Negara, Encik Yiannis Artophios, berkata sebanyak 93 kebakaran hutan berlaku dalam tempoh 24 jam lepas, kebanyakannya dapat ditangani di peringkat awal. Beliau berkata lebih banyak bantuan daripada Kesatuan Eropah (EU) akan tiba tidak lama lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, agensi meteorologi negara itu mengumumkan antara 19 dengan 21 Ogos, sejumlah 161,874 hektar kawasan hutan di seluruh negara musnah terbakar.

Berkaitan itu, seramai 120 anggota dan sembilan pesawat telah dikerahkan untuk memindahkan biarawati dari Biara Kleiston, sementara satu kebakaran lain masih terus merebak tanpa dikawal di bandar perindustrian Aspropyrgos.

Sementara itu, pihak berkuasa telah mengumumkan bahawa 65 pesakit di Hospital Universiti Alexandroupolis telah dipindahkan ke sebuah feri di pelabuhan.

Selain itu, 14 orang telah dipindahkan dengan bantuan kapal pengawal pantai dari pantai berdekatan kampung Makri.

Semasa malam, ketika kebakaran telah menghampiri sebuah klinik di premis Yayasan Gereja Metropolitan Alexandroupolis, kakitangan telah membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda ke ambulans, manakala yang lain telah dipindahkan menggunakan pengusung.

Sebuah feri telah diubah menjadi hospital sementara, di mana pesakit warga emas berbaring di atas tilam di lantai kafeteria, dengan paramedik merawat yang lain di atas pengusung. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >