Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran hutan Canada merebak, semakin buruk

Aug 21, 2023 | 03:05 PM



KELOWNA (Canada): Kebakaran yang melanda barat Canada semakin buruk pada Ahad apabila dua kebakaran berlaku sekaligus dan memaksa para penduduk terus berpindah.


Kebakaran hutan yang semakin merebak mengancam sebahagian besar Lembah Okanagan yang indah, termasuk bandar Kelowna, British Columbia.

Keadaan di destinasi riadah berperahu dan mendaki yang popular itu “sangat dinamik,” kata Encik Bowinn Ma, menteri pengurusan kecemasan wilayah itu.

“Jangan pergi ke kawasan yang dilanda kebakaran di wilayah itu untuk pelancongan,” tambahnya pada Ahad.

Kira-kira 30,000 orang telah diarahkan supaya berpindah sementara 36,000 orang lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk dipindahkan, katanya.

Kelowna, sebuah bandar dengan 150,000 penduduk, diselubungi asap tebal kerana ia menjadi pusat populasi terbaharu yang dilanda salah satu daripada banyak kebakaran hutan yang di Canada pada musim panas ini.

“Ia sangat mengerikan selama seminggu dalam keadaan udara buruk seperti ini. Susah untuk bernafas,” kata Cik Mary Hicks, seorang pekerja IT berusia 29 tahun, yang telah melawat wilayah itu dari Montreal, memberitahu agensi berita AFP pada Ahad.

“Saya benar-benar mahu pulang,” ujarnya.

Tetapi beliau terkandas di sana buat masa ini, dengan penerbangan pulangnya dibatalkan. Lapangan terbang itu berharap untuk menyambung semula penerbangan minggu ini, bergantung pada jarak penglihatan.

“Apabila saya perlu mengemas barang, pada masa itu saya menangis, menangis, menangis,” kata Cik April, 39 tahun, yang bersama dua anak kecilnya, melarikan diri dari rumahnya di timur Kelowna dan menginap di sebuah hotel di luar bandar.

Di seberang Tasik Okanagan, beberapa buah rumah di pinggir Kelowna Barat telah dijilat api, walaupun pihak berkuasa tetap optimis bahawa bandar itu boleh mengelakkan pemindahan sepenuhnya.

Bagaimanapun, sebahagian penduduk tetap bimbang.

“Rumah teman lelaki kakak saya hangus. Dia tinggal di sebelah Barat Kelowna dan tiupan angin menyebabkan api merebak dan mereka tidak dapat mengawalnya,” kata Bogi Bagosi, pelajar berusia 16 tahun.

“Ia agak menyayat hati melihat bandar terbakar. Mereka melakukan yang terbaik untuk menghentikannya tetapi ia tidak mencukupi.”

Canada sedang mengalami musim kebakaran hutan yang mencatat rekod, dengan anggaran rasmi lebih daripada 14 juta hektar telah terbakar — kira-kira saiz Greece dan hampir dua kali ganda daripada rekod terakhir 7.3 juta hektar. Empat orang telah meninggal dunia setakat ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >