Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kebakaran di Hawaii korban hampir 100 jiwa, marakkan api kemarahan penduduk

Aug 14, 2023 | 01:00 PM



KAHULUI (Amerika Syarikat): Jumlah kematian di Hawaii akibat kebakaran hutan paling teruk di Amerika Syarikat dalam tempoh lebih seabad, dijangka mencecah 100 orang pada Ahad, menyemarakkan kritikan bahawa tindakan kurang berkesan pihak berkuasa menyumbang kepada tingginya angka korban.


Pegawai berkata 93 orang diketahui telah meninggal dunia, tetapi memberi amaran bahawa angka itu mungkin meningkat apabila kru penyelamat yang menggunakan anjing pengesan mayat meneruskan tugas berat mencari rumah dan kenderaan yang terbakar di Lahaina.

Pekan pantai bersejarah di pulau Maui itu hampir musnah sepenuhnya oleh api yang marak pantas pada awal pagi Rabu, dengan mangsa yang terselamat berkata tiada sebarang amaran telah diberikan.

Ketika ditanya pada Ahad mengapa tiada satu pun semboyan pulau itu telah diaktifkan, Senator Hawaii, Cik Mazie Hirono, berkata bahawa beliau masih menunggu hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak peguam negara.

“Saya tidak akan memberi sebarang alasan atas tragedi ini,” kata Cik Hirono, seorang anggota Demokrat.

“Kami benar-benar memberi tumpuan terhadap keperluan untuk menyelamat di lokasi yang terdapat lebih banyak mayat,” tambahnya dengan nada sedih.

Lebih 2,200 bangunan rosak atau musnah yang dianggarkan bernilai AS$5.5 bilion ($7.4 bilion) dan menyebabkan beribu-ribu kehilangan tempat tinggal.

“Mangsa yang kami temui adalah daripada api yang mencairkan logam,” kata Ketua Polis Maui, Encik John Pelletier. “Apabila kami mengalihkan mayat... ia akan hancur.”

Itu menyukarkan pengecaman, tambahnya, sambil merayu agar mereka yang kehilangan saudara-mara supaya memberikan sampel DNA yang mungkin boleh mempercepatkan proses itu.

Encik Pelletier berkata anjing pengesan mayat masih mempunyai kawasan yang luas untuk diteroka dalam usaha mencari ratusan orang yang belum ditemui.

Kebakaran hutan di Hawaii adalah yang paling dahsyat yang melanda Amerika sejak 1918, apabila 453 orang mati di Minnesota dan Wisconsin, menurut Persatuan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan.

Soalan diajukan tentang sejauh mana pihak berkuasa bersedia menghadapi malapetaka sebegini rupa, walaupun pulau itu terdedah kepada bahaya semula jadi seperti tsunami, gempa bumi dan ribut ganas.

Dalam pelan pengurusan kecemasannya tahun lalu, Hawaii menyifatkan risiko kebakaran hutan sebagai “rendah”.

Namun, sistem amaran yang bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan rakyat jika berlaku bencana, nampaknya tidak beroperasi.

Maui mengalami banyak gangguan bekalan elektrik semasa krisis, menghalang ramai penduduk daripada menerima amaran kecemasan pada telefon bimbit mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >