Guardiola yakin City dapat pintas Arsenal selepas seri dengan Forest

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guardiola yakin City dapat pintas Arsenal selepas seri dengan Forest

Mar 5, 2026 | 2:04 PM

Guardiola yakin City dapat pintas Arsenal selepas seri dengan Forest

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Vitor Pereira (kiri), pengurus Nottingham Forest, dan Pep Guardiola, pengurus Manchester City, memberi arahan kepada pemain masing-masing. City seri dengan Nottingham Forest dalam perlawanan di Stadium Etihad pada 4 Mac 2026.
Vitor Pereira (kiri), pengurus Nottingham Forest, dan Pep Guardiola, pengurus Manchester City, memberi arahan kepada pemain masing-masing. City seri dengan Nottingham Forest dalam perlawanan di Stadium Etihad pada 4 Mac 2026. - Foto EPA

MANCHESTER (England): Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata perlumbaan bagi juara Liga Perdana England (EPL) masih belum tamat meskipun pasukannya kecewa selepas seri 2-2 menentang Nottingham Forest.

Ini sekali gus memberikan kelebihan kepada pendahulu liga Arsenal.

Pasukan Guardiola dua kali melepaskan kelebihan di Stadium Etihad apabila gol daripada Antoine Semenyo dan Rodri disamakan oleh jaringan Morgan Gibbs-White dan kemudian Elliot Anderson.

Dalam detik terakhir, percubaan Savinho diselamatkan dari garisan oleh Murillo, menambahkan lagi kekecewaan City.

Kegagalan City sudah cukup mengecewakan, tetapi berita dari selatan England bertambah buruk apabila Arsenal menang 1-0 di Brighton, menyebabkan perlumbaan juara EPL di luar kawalan City.

Kini Arsenal mendahului City dengan tujuh mata, dengan satu lebih perlawanan, dan mengawal nasib mereka sendiri dalam mengejar gelaran pertama sejak 2004.

City masih mempunyai satu perlawanan menentang Gunners di Etihad pada April, tetapi Guardiola pasti akan menyesali satu lagi perlawanan yang menyaksikan pasukannya kehilangan kawalan pada separuh masa kedua.

Bukan kali pertama musim ini City tergelincir pada separuh masa kedua, menjadikan jumlah mata yang hilang daripada kedudukan menang musim ini kepada 13 mata.

Namun, Guardiola yakin City masih mampu mengejar Arsenal dalam sembilan perlawanan terakhir.

“Masih banyak perlawanan untuk dimainkan, mereka (Arsenal) kurang satu.

“Ada perlawanan di mana kami sebenarnya tidak patut kalah. Hari ini secara keseluruhan kami bermain dengan baik selama 90 minit,” kata Guardiola.

Beliau enggan mengulas tuntutan penalti City pada penghujung perlawanan apabila Haaland dijatuhkan selepas menewaskan penjaga gol Forest, Mats Sels, dengan keputusan dibatalkan kemudiannya.

“Saya sentiasa percaya kita kena lakukan dengan lebih baik supaya pengadil tidak campur tangan. Ia tanggungjawab kita untuk melakukan yang lebih baik.

“Akhirnya, kami mencipta banyak peluang menentang pasukan yang sangat defensif. Kami dinamik. Mungkin sedikit kurang berhubung dengan Erling (Haaland), pergerakannya luar biasa. Secara keseluruhan permainan sudah tampak baik,” kata Guardiola lagi.

Momentum perlumbaan kejuaraan kini jelas di tangan Arsenal, tetapi perhatian Guardiola beralih kepada perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Newcastle hujung minggu ini sebelum menghadapi pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

“Rasanya kami ada satu perlawanan untuk dimainkan,” kata Guardiola apabila ditanya tentang perlumbaan juara.

“Sekarang fokus adalah Newcastle, saya sentiasa fikir tentang apa yang harus dilakukan seterusnya,” tambahnya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg