Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Guna bot, lembu untuk hantar peti undi ke kawasan terpencil

Feb 14, 2024 | 01:02 PM



PULAU SERIBU (Indonesia): Menjalankan pilihan raya seluruh negara di Indonesia, yang mempunyai lebih 17,000 pulau, adalah suatu tugas logistik amat mencabar bagi pemerintah negara itu.


Kepulauan terbesar di dunia dengan sejumlah 280 juta penduduk itu, mengadakan Pilihan Raya Presiden lima tahun sekali – dengan tiga pasangan calon – dan pilihan raya perundangan, pada 14 Februari, untuk mengisi kerusi di Parlimen bagi penggal jawatan 2024-2029.

Pegawai suruhanjaya pilihan raya, bukan sahaja mesti mengangkut peti undi dan kertas undi dengan menggunakan bot ke pulau terpencil.

Mereka harus menempuh perjalanan yang mengambil masa sehingga enam jam dalam beberapa kes.

Malah mereka juga mesti pergi ke kawasan pergunungan, yang boleh diakses sama ada melalui trek yang panjang dan sukar, atau menggunakan helikopter, lapor The Straits Times.


Salah satu tempat tersebut ialah daerah Kepulauan Seribu, iaitu sebahagian daripada wilayah perbandaran Jakarta, yang mempunyai 30,000 orang.

Daerah itu, yang terletak di utara ibu negara, terdiri daripada 110 pulau. Pulau yang paling terpencil iaitu Pulau Sebira – boleh diakses hanya selepas menaiki bot selama enam jam.

Kepulauan Seribu, Jakarta Utara dan Jakarta Barat, mendapat tujuh kerusi Parlimen negara secara keseluruhan.

Sebanyak 320 peti undi, mengandungi sejumlah 21,000 kertas undi, telah dikerahkan ke pulau-pulau itu pada 9 Februari, dari pelabuhan Marina Ancol di Jakarta Utara.

Penghantaran kertas undi dengan bot telah disaksikan oleh polis dan pegawai suruhanjaya pilihan raya, dan sidang media telah diadakan.

Menonjolkan cabaran untuk mendapatkan undi ke pulau-pulau tersebut, ketua polis Kepulauan Seribu, Encik Jarot Sungkowo, memberitahu pemberita:

“Beberapa hari lalu, kami tidak pasti kerana laut bergelora. Syukurlah, hari ini, cuaca baik, dan ombaknya tenang.”

Pada sidang media yang sama, ketua suruhanjaya pilihan raya Pulau Seribu, Encik Iman Cahyadi, berkata selepas tiba di Pulau Pramuka, 320 kotak itu akan dihantar semula ke 11 pulau berpenghuni, selewat-lewatnya pada 12 atau 13 Februari.

“Pulau paling jauh ialah Sebira, mempunyai penduduk seramai 900 orang.

Di beberapa bahagian Papua – wilayah paling mundur di Indonesia – pegawai suruhanjaya pilihan raya telah mula memetakan kawasan paling terpencil.

Mereka mungkin menggunakan helikopter sebagai pilihan terakhir untuk mengedarkan kertas undi, sekiranya cuaca berubah buruk pada hari penghantaran yang dirancang, lapor agensi berita rasmi, Antara pada 10 Februari.


Di Aceh, suruhanjaya pilihan raya tempatan, menimbangkan penggunaan gajah untuk mengangkut peti undi di kawasan yang sukar.

Sementara di Lampung, pegawai akan menggunakan lembu untuk menyeret kotak di landasan berlumpur ke pusat mengundi dan membawanya keluar selepas pengundian, lapor agensi berita AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >