Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gunung berapi di Filipina meletus, abu menerawang sejauh 4km

Apr 8, 2025 | 12:11 PM
Gunung Berapi Kanlaon meletus seperti yang dilihat daripada perkampungan di La Castellana, Wilayah Negros Occidental, tengah Filipina.
Gunung Berapi Kanlaon meletus seperti yang dilihat daripada perkampungan di La Castellana, Wilayah Negros Occidental, tengah Filipina. - Foto AFP

MANILA: Sebuah gunung berapi di tengah Filipina meletus pada awal pagi 8 April, menghantar kepulan abu 4,000 meter ke angkasa dan lantas menyebabkan sekolah-sekolah di sekitarnya terpaksa ditutup sementara.

Gunung Berapi Kanlaon, salah satu daripada 24 gunung berapi aktif di Asia Tenggara, kali terakhir meletus pada Disember, menyebabkan perkampungan sekitarnya dipindahkan.

Kawasan sekitar gunung berapi di pulau Negros masih di bawah arahan pemindahan apabila letusan 8 April berlaku.

“Letusan sedang marak berlaku di puncak Gunung Berapi Kanlaon yang bermula pada 5:51 pagi hari ini,” kata Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina dalam satu kenyataan.

Gunung berapi itu “menghasilkan kepulan bengkok yang besar kira-kira 4,000 meter tinggi yang bergerak ke barat daya”, katanya.

Namun, letusan itu berhenti pada 6.47 pagi pada 7 April, lapor institut itu kemudiannya.

Video yang disiarkan di media sosial menunjukkan asap yang meluap dan berkepul-kepul perlahan-lahadi ruang udara kawasan berdekatan.

“Kami telah bersedia untuk menangani letusan itu. Keluarga dalam lingkungan empat hingga enam kilometer telah pun dipindahkan semasa letusan sebelumnya pada Disember lalu,” kata Encik John De Asis, pegawai penyelamat di perbandaran La Castellana wilayah Negros Occidental.

“Sekarang ini kami hanya memantau kampung-kampung yang bakal terjejas akibat hujan abu,” tambahnya.

Menurutnya, pihak berkuasa telah mengesyorkan “pembatalan kelas dan kerja di perbandaran”.

Seorang penduduk, Cik Channel Nicor, 22 tahun, berkata beliau sedang menunggu bas untuk membawanya ke sekolah apabila letusan itu berlaku.

“Bunyi letusan seperti batu besar yang jatuh daripada tempat yang tinggi, kemudian saya mendongak dan melihat (awan abu) meluap dan semakin besar daripaga gunung berapi itu.

“Sudah tentu saya berasa gementar apabila melihat abu yang meletus, tetapi saya tidak segugup seperti letusan sebelumnya, kerana kali ini kita tahu apa yang perlu dilakukan,” kata beliau.

Amaran Tahap 3 - daripada skala 5 - yang dilaksanakan semasa letusan Disember kekal tidak berubah.

Pada September, beratus-ratus penduduk berhampiran dipindahkan selepas gunung berapi itu meletusan ribuan tan gas berbahaya dalam sehari. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg